[VIDEO] "Sedap Je Suara" - Muncul Pertama Kali Selepas AJL, Nyanyian Nabila Razali Dipuji
Hebat nyanyian dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) baru saja melabuhkan tirainya baru-baru ini
Ianya merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang dikumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 bagi tahun 2020.
Keputusan itu sekali gus berpihak kepada lagu Gila ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong yang telah diangkat sebagai pemenang Juara Lagu bagi edisi ke-35.
Namun, antara topik yang menjadi perbualan hangat adalah nyanyian daripada Nabila Razali yang sedikit 'terkucil' semasa dia melakukan persembahan. Disebabkan itu, ramai pihak yang memberikan kecaman kepadanya dengan pelbagai pandangan.
Nyanyian pertama kali selepas AJL, suara sedap sampai naik bulu roma
Walaupun dia telah dikecam teruk, namun ramai rakan artis dan peminatnya tidak putus-putus memberikan sokongan buat dirinya.
Terbaru, video nyanyian Nabila dilihat kembali menyanyi di sebuah majlis selepas nyanyiannya di AJL mencuri tumpuan ramai di laman Twitter.
Dia sekali lagi membawakan lagu Peluang Kedua untuk persembahan umum. Malah, nyanyiannya kali ini sangat baik sehingga memukau semua tetamu yang hadir. Jika didengar, nyanyiannya begitu merdu dan membuktikan dia mampu menyanyi dengan baik.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Semoga awak terus sukses dalam industri hiburan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji kelunakan suaranya itu.
Malah, ada berpendapat mungkin ketika AJL dia agak gementar sehingga berlakunya situasi tersebut. Ada juga yang mendoakannya agar terus sukses dan maju dalam industri hiburan tanah air.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128.6K views, 1,693 retweets dan 5,056 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: