seismik

[VIDEO] Seronok Main Bola, Tak Sengaja Kena Helmet Pak Cik Tunggang Motor Ini Bikin Dekah

Sampai terberhenti pak cik tu.

Cover image via @oyen_samseng (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bermain bola sepak sudah menjadi rutin dan hobi para kaum lelaki

Mereka memang suka meluangkan masa dengan rakan-rakan untuk bermain bola pada hujung minggu. Pada masa itulah, mereka nak tunjukkan bakat dan skills yang ada depan kawan-kawan bukan?

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki tersalah sepak bola sehingga terkena kepala pak cik telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tersalah langkah sampai bola terhantuk helmet pak cik

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang bermain bola sepak di padang bola yang tidak dikenal pasti lokasinya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang lelaki membuat sepakan namun sepakan itu menyebabkan bola terlantun jauh sehingga terkena helmet pak cik yang menunggang motosikal di jalan raya. 

Pak cik itu sempat berhenti dan menoleh ke arah padang seolah-olah ingin mencari siapa pelakunya di padang bola. 

"Habis lupa brother tu bini dia pesan beli apa" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.4M tontonan, 148K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian pak cik itu, tak pasal-pasal jadi mangsa sepakan bola! :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik