[VIDEO] Suami Pening Layan Isteri, Cakap Nak Beli Air Kotak Je Sekali Bila Keluar Kedai
Bertabahlah bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda sudah berumah tangga, pasti anda akan keluar membeli barangan keperluan bersama pasangan bukan?
Bukan itu saja, nak cari makan pun kalau boleh nak bersama pasangan walaupun ia dekat saja sebenarnya. Namun, itu adalah lebih bagus daripada pergi berseorangan.
Tetapi, lain pula dengan video ini apabila seorang suami mula 'pening' dengan perangai si isteri yang dikatakan hanya mahu membeli air kotak bertukar kepada lain.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terkejut tengok isteri keluar kedai bawa banyak barang
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang suami pada awalnya meneman isterinya yang mahu membeli barang.
Namun, sebaik saja si isteri keluar dia mendapati barang yang sangat banyak dan memikirkan bagaimana mahu membawanya kerana mereka hanya menaiki motor. Situasi itu membuatkan si suami mula 'membebel' pada isterinya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Dia punya muka masa boleh tu confident eh" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 207.7K likes dan 3,658 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!