seismik

[VIDEO] Tak Guna Monopod, Keluarga Bergambar Guna 'Galah Panjang' Buat Ramai Terpegun

Nak tengok hasilnya!

Cover image via @sadxiuu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak lengkaplah raya kalau tiada gambar bersama keluarga bukan?

Sudah menjadi kebiasaan untuk seluruh keluarga bergambar pada pagi raya untuk dijadikan kenangan. Dengan mengenakan baju raya yang cantik dan sedondon, makin meriah jika dilihat dalam gambar. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah keluarga bergambar menggunakan galah panjang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tak guna monopod sebab keluarga ramai, ambil inisiatif guna galah

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di halaman rumah bersiap sedia untuk bergambar.

Disebabkan keluarga yang sangat ramai, salah seorang ahli keluarganya dilihat mengambil inisiatif untuk meletak dan mengikat telefon pada galah supaya semua orang dapat masuk ke dalam gambar.

Ramai yang tidak menyangka gambar akan menjadi lawa kerana kedudukan telefon yang sangat jauh. Mujur, gambar yang ditangkap memuaskan hati pihak keluarga.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Ini jarum peniti atas kepala pun nampak, kreatif betul!" - Netizen

Susulan tularnya video di TikTok yang meraih sehingga 5M tontonan, 420K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun dan memuji kekreatifan keluarga mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Result memang cantik bang, tak sia-sia pegang galah yang berat tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: