[VIDEO] Tanya Bunyi Buaya Macam Mana, Jawapan Budak Perempuan Ini Pula Tidak Disangka
Alahai, dik risau pula dengar.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mempunyai kanak-kanak di dalam rumah sememangnya dapat menghiburkan hati
Kadangkala boleh sampai riuh rumah dibuatnya. Boleh hilang rasa bosan kalau bermain dengan mereka ini kan?
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila jawapan seorang budak perempuan bila ditanya bunyi buaya telah membuat ramai terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tanya macam mana bunyi buaya, tapi lain pula yang dijawab
Menerusi video tersebut kelihatan seorang gadis sedang bersama dengan seorang budak perempuan di dalam sebuah rumah.
Dia kemudian bertanyakan budak perempuan itu dengan soalan bagaimana bunyi buaya. Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah jawapan budak itu yang berada diluar jangkaannya.
"Macam mana bunyi buaya?"
"Hai sayang," jawab budak itu.
"Ya Allah, tak sangka kecil-kecil dah tahu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar jawapan budak perempuan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 132.3K views, 17.1K likes dan 214 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: