[VIDEO] Tinggal Member Sebab 'Crush' Sangat Kan? Kena Prank Macam Ini Baru Puas Hati Bro!
Padan muka! :p
Hidup ini memang tak lengkap kalau tak ada insan yang dipanggil 'crush' atau lebih dikenali sebagai seorang yang anda sukai. Malu tapi mahu la katakan.
Siapa antara anda yang pernah ada crush? Ah, pendek kata memang setiap orang mesti pernah ada seseorang yang kononnya itulah jodoh idaman yang dicari.
Apa pula akan terjadi jika crush anda tiba-tiba call? Apa reaksi anda? Mungkin sama macam bro sorang ni. Sampai member pun dia sanggup tinggalkan sebab nak jawab call dari crush.
Ish, teruk!
Dunia ini seolah-olah terhenti buat seketika bila crush telefon, betul? Ala, mengaku aje.
Memang tak ingat apa la lepas tu sebab kau tengah bayangkan duduk atas pelamin dengan crush kau tu. Tapi saat-saat ini dinamakan 'peluang keemasan' untuk kawan-kawan lain kenakan kau.
Nasib baiklah prank yang dibuat adalah cara yang sihat dan menyegarkan. Kalau tidak, dengan si Lisa kena maki nanti. Adui!
Minuman Spritzer berkarbonat yang berkhasiat tanpa gula tanpa kalori!
Wow! Spritzer ada air mineral berkarbonat dan yang paling best tak ada gula dan bebas kalori.
Minuman Spritzer Sparkling ini kalau diminum, ia mampu untuk menyegarkan badan yang penat dan lesu sebab rasa air ni memang unik. Sebab itulah anda WAJIB cuba! Sekali cuba, pasti nak lagi.
Spritzer Sparkling ini boleh didapati di hampir semua premis perniagaan runcit di Malaysia! Untuk mengetahui maklumat terkini tentang minuman Spritzer Sparkling ini, boleh lihat sendiri di laman facebook Spritzer.
Psst: Kalau nak buat prank dekat member tu make sure jangan kejam sangat tau. Kalau nak buat prank yang terbaik gunakanlah Spritzer Sparkling ni sebab boleh spark the joy gitu.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.