[VIDEO] Wanita Vietnam Fasih Cakap Bahasa Melayu Masa Terangkan Kedai Ini Buat Ramai Kagum
Power BM dia.
Kita sering rasa teruja mendengar orang luar negara pandai bercakap bahasa negara kita bukan?
Iyalah, kebiasaannya bahasa Melayu digunakan orang ramai tidak kira warganegara atau bukan di negara Malaysia.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita Vietnam fasih berbahasa Melayu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terangkan kedai kopi di Vietnam dengan bahasa Melayu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang melancong di Vietnam. Dia dilihat bertanyakan tentang kedai kopi kepada seorang wanita di situ.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila wanita itu ternyata pandai dan fasih berbahasa Melayu. Bahasa yang digunakan juga tepat dan sangat sopan. Ramai memuji lenggok dan caranya bercakap sedap didengar.
"Masa aku pergi Vietnam dulu, memang ramai jugaklah peniaga yang boleh cakap Melayu. Tak sefasih ini, tapi boleh tahan bagus. Cukup untuk memudahkan proses jual beli." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 567K views, 3K retweets dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, ramai yang memuji kebolehannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!