seismik

“Gerak Lu Pape Roger” - Kepetahan Mat Salleh Ini Berbahasa Melayu Pasar Cuit Hati Netizen

Mat Salleh ini berasal dari USA.

Cover image via SAYS via Twitter @BumpTime247

Baru-baru ini, viral di Twitter tentang seorang Mat Salleh dari Amerika Syarikat yang cukup gemar berbahasa Melayu pasar

Rakyat Malaysia terkenal dengan humor yang lain daripada yang lain. Lebih-lebih lagi sekarang ramai yang suka berjenaka sampai terbawa-bawa ke media sosial.

Melalu Twitternya, Danny Medina yang berasal dari California itu telah viral kerana terikut-ikut dengan lawak jenaka orang Malaysia dan telah popular dengan video ‘gerak lu pape roger’.

Segalanya bermula apabila Danny menegur seorang warga Malaysia di ruangan komen video penyanyi David Archuleta dan kemudian mengikut apa yang ditulis oleh lelaki itu iaitu ‘gerak lu pape roger’.

Sejak daripada itu, Danny terus diserang “ketagihan” untuk berbahasa Melayu pasar sehinggalah ke hari ini.

Lebih menarik, beliau menukar nama kepada Danny Malaysia

Setelah tweetnya viral, Danny telah menukar namanya kepada Danny Malaysia.

Bilangan followers beliau juga telah meningkat secara mendadak dari hanya 700 kepada 17,200 dalam masa beberapa hari. Impressive!

Danny juga telah memuat naik beberapa video yang menunjukkan beliau menggunakan frasa-frasa Bahasa Melayu di dalam kehidupan sehariannya. Menarik bukan?

 Beberapa rakyat Malaysia turut mengajar Danny beberapa perkataan lain seperti ’merecik, ‘merecik hawau’, ‘on tak on’ dan ‘semekom’. Kelakar juga bila dengar beliau bercakap dalam bahasa kita bersama rakan-rakannya di kolej.

Walaupun sedikit pelat, namun sekurang-kurangnya kita harus menghargai usaha beliau dalam menggunakan frasa-frasa yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian. 

Danny juga tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan rakyat Malaysia di Twitternya

Danny menggunakan Twitter untuk berinteraksi dengan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan idea untuk beliau berbahasa Melayu.

Beliau juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantunya untuk menjadi viral dan popular di media sosial dan menyimpan hasrat untuk melawat Malaysia satu hari nanti.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Beberapa Mat Salleh lain juga pernah viral sebelum ini:

You may be interested in: