seismik

Viral Video Gadis Korea Ini Nak Boyfriend Melayu, Respon Netizen Pula Bikin Dekah!

Ada lelaki Melayu yang nak girlfriend daripada Korea, tak?

Cover image via Twitter @jpbrinx

Kita biasa dengar gadis-gadis Melayu idamkan jejaka Korea atau 'oppa', tapi bagaimana pula dengan lelaki Melayu?

Ada yang nak girlfriend dari Korea tak?

Tidak dapat dinafikan, industri hiburan daripada Korea Selatan telah menjadi fenomena besar di negara kita. Perkembangan muzik, drama serta filem dari negara republik terbabit membuatkan kita semakin terdedah dengan budaya dan kehidupan orang Korea.

Image via Scout Mag

Ekoran daripada  itu, ramai dalam kalangan masyarakat kita mula terpengaruh dengan budaya dari sana. Bermula daripada hiburan, seterusnya makanan, sehinggalah kepada skin care routine, make-up serta fesyen, rata-rata orang kita ambil inspirasi daripada orang Korea.

Malah, sesetengah siap berimpikan untuk mendapat jodoh orang Korea. Tapi persoalannya sekarang, orang Korea nak ke dengan orang kita?

Baru-baru ini tular video seorang gadis Korea yang menyatakan bahawa dirinya single dan ingin mencari teman lelaki Melayu.

Paling comel, dia siap berbahasa Malaysia!

Video singkat berdurasi 15 saat yang telah dimuat naik di laman Twitter oleh @jpbrinx atau Sabrina itu menunjukkan gadis Korea bernama Sue menyatakan bahawa dirinya masih single dan ingin mencari teman lelaki Melayu.

Dipercayai Sue diajar untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia oleh rakan Melayunya itu.

Ternyata telatah comel gadis Korea terbabit berjaya mencuri tumpuan ramai sehingga meraih lebih 300 ribu tontonan dan 18 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Tinjauan di ruangan reply perkongsian tersebut pula mendapati rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen lucu

Lawaknya, yang lelaki-lelaki Melayu mula volunteer diri mereka untuk menjadi boyfriend Sue, manakala yang perempuan-perempuan Melayu pula menyuruh Sue menarik balik kata-katanya itu.

Antara komen lawak daripada netizen:

Haa... Buat lelaki Melayu yang berminat itu, bolehlah mula belajar Bahasa Korea sekarang. Mana tahu jodoh?

Image via Hallyusg

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Trend kopi viral Dalgona ini pun datang daripada Korea!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: