seismik

89 Individu Sah Dijangkiti Influenza Yang Berbahaya & Membawa Maut, Ini Cara Mencegahnya

Virus ini disifatkan sebagai penyakit yang amat berbahaya kerana ia mudah merebak melalui batuk dan bersin. Malah, boleh membawa maut jika jangkitan itu merebak ke paru-paru.

Cover image via Google

Setakat 12 Januari 2020, di Johor Bharu dilaporkan seramai 89 murid dari lapan daerah tersebut telah dijangkiti influenza

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan berkata, data yang diperoleh setakat jam 1.30pm pada 12 Januari, murid di daerah Pasir Gudang paling ramai disyaki influenza iaitu seramai 32 orang diikuti Johor Bahru seramai (24), Kulai (15), Tangkak (6), Kluang (5), Muar ( 5), Batu Pahat ( 1) dan Pontian (1).

Data ini juga diperoleh dari skeolah melalui ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Namun begitu, ke semua kes ini tidak melibatkan penutupan kelas atau sekolah tetapi pembersihan kelas perlu dilakukan dengan menggunakan cecair pencuci Dettol.

Adakah influenza ini boleh dijangkiti oleh orang yang sama berulang kali?

Jawapannya, boleh.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Virus influenza ini boleh dijangkiti dan merebak kepada orang yang mempunyai sejarah penyakit itu berulang kali. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Twitter rasmi @KKMPutrajaya, pihak mereka turut menjelaskan jawapan daripada persoalan itu.

Virus influenza ini disifatkan sebagai penyakit yang amat berbahaya kerana ia mudah untuk merebak melalui batuk dan bersin. Malah, boleh membawa maut.

Virus ini dikatakan boleh membawa maut jika jangkitan merebak ke paru-paru ekoran kesukatan untuk bernafas.

Perkara ini juga telah disahkan oleh seorang pakar perubatan iaitu Dr Zubaidi Ahmad yang menjelaskan bahawa ini kerana jangkitan boleh berlaku sekiranya seseorang individu menyedut udara tercemar dengan virus itu atau terkena titisan cecair dari hidung atau mulut individu yang telah dijangkiti virus influenza tersebut.

Menurutnya lagi, jangkitan virus itu juga akan merebak dengan cepat terutamanya kepada golongan berisiko contohnya mereka yang menghidap penyakit kronik seperti pesakit kanser, pesakit kencing manis, warga emas berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah serta wanita yang sedang hamil.

Jika seseorang dijangkiti virus influenza, dia wajib dikuarantin kerana seandainya tidak berbuat demikian, virus itu cepat merebak misalnya jika seorang kanak-kanak pergi ke sekolah, dia akan sebarkan virus itu kepada kanak-kanak lain pula."
Dr Zubaidi Ahmad, Pakar Perubatan

Berikutan itu, pakar perubatan ini juga telah mengesyorkan supaya orang ramai mengamalkan langkah pencegahan virus itu sendiri

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Di bawah merupakan cara terbaik untuk menghalang daripada terkena jangkitan virus ini:

- Pakai penutup hidung dan mulut.
- Elakkan berada di tempat ramai orang.
- Kerap mencuci tangan menggunakan sabun terutamanya bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah (berisiko tinggi).

Menurutnya lagi, amalan membasuh tangan ini sangat perlu terutamanya apabila anda menyentuh tombol pintu, menyentuh meja dan sebagainya kerana tempat yang dipegang mungkin mempunyai virus tersebut.

Tambahnya lagi, orang ramai juga perlu memastikan mereka mengambil air yang banyak bagi meningkatkan daya tahan badan selain mengamalkan pemakanan sihat serta harus memastikan badan tidak terlalu penat dan dapatkan tidur yang cukup. Jika mahu ke luar negara pula, dapatkan suntikan vaksin terlebih dahulu.

p/s: Jangan lupa untuk ambil suntikan vaksin ya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: