Wanita Kongsi Detik Jumpa Nurse Mulut Puaka, Samakan Perit Contraction Dan Saat 'Bersama'
Apa punya attitude lah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi wanita mengandung, sudah pasti mereka sudah berjumpa dengan jururawat bermacam ragam bukan?
Tidak dinafikan, jururawat di hospital kerajaan dan swasta sememangnya memberikan layanan yang berbeza.
Kadangkala, perkara itu membuatkan sesetengah wanita serik untuk mengandung lagi kerana tidak dilayan dengan baik semasa berada di wad bersalin.
Sama seperti situasi yang dikongsi oleh seorang wanita di TikTok ini apabila dia menceritakan pengalaman bersalinnya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nasib tak baik, terjumpa nurse mulut laser dan siap perli bila tengah tahan sakit contraction
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamamokklu, kelihatan dia berkongsi pengalamannya semasa ingin membuat check up di satau satu cawangan klinik kesihatan kerajaan.
Menurutnya, dia merasa sangat kecewa apabila terpaksa berurusan dengan jururawat yang bersikap tidak profesional melayan ibu-ibu mengandung.
Malah, seorang lagi wanita di ruangan komen berkongsi pengalaman pahitnya semasa di wad bersalin dan sedang menahan sakit contraction.
Dia diperli oleh nurse di sana yang berkata dia mengada. Bukan itu saja, nurse itu juga siap membuka cerita dalam selimut dan menyamakan sakit contraction itu dengan saat 'bersama' suami.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 36K views, 1.2K likes dan 106 shares di TikTok
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terutamanya dalam kalangan wanita turut berkongsi pengalaman mereka semasa bersalin.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Tak faham betul kenapa nak kena perli-perli. Sepatutnya bila orang tengah sakit kena bagi semangat :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!