seismik

Wanita Sebak, Tetap Hadir Majlis Bakal 'Menantu Tak Jadi' Walaupun Anak Sendiri Buat Hal

Sedihnya tengok, hmm jodoh tak panjang.

Cover image via @mamadiva2431 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memang benar jodoh, ajal dan maut sudah terletak di tangan Allah SWT

Siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan. Buatlah macam-macam cara sekali pun, jika sudah tertulis tiada jodoh, maka sampai situ sajalah hubungan dengan si dia.

Namun, tidak semestinya kita perlu memutuskan hubungan silaturrahim dan bermusuhan sesama sendiri. Tambahan pula jika sudah mengenali keluarga masing-masing.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini yang memaparkan seorang wanita menghadiri majlis kahwin bakal menantu tak jadinya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mamadiva2431 Sedih bakal menantu xjadi. 5thun berkwn dgn ank. Tpi ank buat hal. Semoga kekal bahagia hingga kejannah. Aamiin. Xde jodoh #mamashima #wedding อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน)

Terkilan tiada jodoh sebab anak sendiri buat hal, tapi masih baik dengan bakal 'menantu tak jadi'

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamadiva2431, kelihatan wanita itu yang dikenali sebagai Puan Shima telah berkongsi detik dia menghadiri majlis perkahwinan seseorang.

Dia dilihat sebak sambil memeluk pengantin perempuan tersebut. Rupa-rupanya, pengantin itu merupakan bakal menantunya. Tetapi, disebabkan anaknya sendiri buat hal, mereka berdua tidak jadi berkahwin.

Walaupun sedih hajatnya ingin bermenantukan pengantin itu, namun dia tetap mendoakan agar kebahagiaan pasangan itu kekal hingga ke jannah.

"Jarang ada mak menyalahkan anak sendiri walau dia tahu memang salah anak dia. Terbaik auntie!" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 2.2M views, 121.6K likes dan 1.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat riak wajah Puan Shima.

Malah, ramai juga yang kagum dengannya kerana tidak malu untuk mengaku anak sendiri yang salah dalam hubungan cintanya dengan bakal menantu tak jadi itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin ada hikmah semua ni terjadi. Apa-apa pun, salute dekat Puan Shima sebab masih menjaga hubungan silaturrahim dengan pengantin perempuan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: