seismik

Wanita Sempat Rakam Video Sewaktu Gunung Marapi Meletus, 11 Pendaki Dilaporkan Maut

Innalillahiwainnailaihirajiun.

Cover image via @aryess04 (TikTok) & @republikaonline (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita sempat merakam detik ketika Gunung Marapi meletus yang terletak di Pulau Sumatera semalam, 3 Disember 2023

Menurut sumber, Gunung Marapi telah memuntahkan abu 3,000 meter ke langit sehingga menghujani sekitar kawasan kampung berhampiran.

Seramai 11 pendaki ditemui mati dan tiga lagi diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang bekerja sepanjang malam untuk mencari orang hilang.

Seramai 75 pendaki gunung yang mendaftar, namun pasukan penyelamat hanya menemui 11 mayat berhampiran kawah

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Padang, Abdul Malik, mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti 26 orang yang belum diselamatkan. Menurutnya, 12 orang masih hilang dan 49 orang sudah menuruni gunung selain beberapa lagi mangsa dibawa ke hospital.

"Kami menemui 14 daripada mereka, tiga ditemui hidup dan 11 ditemui mati. Tiga mangsa yang terselamat ditemui berhampiran kawah. Keadaan mereka lemah dan ada yang melecur," katanya.

Difahamkan, letusan gunung berapi itu berterusan sehingga menghalang operasi menyelamat dan pemindahan dengan helikopter. Anggota penyelamat terpaksa bergilir-gilir membawa mayat menuruni gunung.

Lihat video itu di bawah:

@aryess04

Semoga kakak yg ada didalam video diberi keselamatan oleh Allah,,dan kepada seluruh masyarakat bukittinggi dan sekitarnya tetap waspada#foryourpage #foryoupage #fypviral #fyp #leslarlovers #lestylovers #leslar #bencanaalam #erupsigunungmerapi #gunungmeletus #bukittinggi #gunungmarapi #erupsigunung

Berita Kepada Kawan - Felix Irwan

Selain itu, penduduk sekitar kampung berkenaan juga diberikan topeng muka dan diingatkan untuk kekal berada di dalam rumah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: