seismik

Wanita Trauma Air Keladi Dibelinya Di Tepi Jalan Ada Bangkai Cicak - "Kembang Tekak"

Ya Tuhan, gelinya.

Cover image via @azie_anjeeee (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dan peniaga tepi jalan lebih menjimatkan masa dan tenaga

Makanan di bazar pula banyak pilihan. Memang rambang mata bila nak beli itu nak beli ini.

Begitupun, sepanjang seminggu berpuasa ini, ada juga beberapa orang yang kecewa dengan masakan dan juadah yang dijual di bazar Ramadan.

Tetapi lain pula ceritanya, seorang wanita ini mendakwa trauma selepas menjumpai bangkai seekor cicak dalam bungkusan minuman yang dibelinya di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuat naiknya di platform TikTok @azie_anjeeee, pada awalnya wanita dikenali dengan nama Azie Aziz itu membeli air minuman berkenaan untuk tujuan berbuka puasa.

"Time nie beli air balang tepi jalan area klang… sebab teringin sangat air keladi... dah siap tuang 2 jug, ada balance sikit lagi dalam plastik…

"Saya tergerak hati nak tuang samua dalam cawan ..sekali ingat cincau nak gelongsor dalam cawan... rupanya cicak yang dah hampir reput… kecoh satu dapur saya menjerit... geli gila," katanya menerusi caption video tersebut.

"Awak beruntung dapat air yang ada cicak tu macam mana orang lain yang tak tahu depa beli air ada bekas cicak" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun meraih lebih 1.7M tontonan, 40.7K tanda suka dan 2,767 komen di TikTok.

Dalam pada itu, rata-rata netizen tidak ketinggalan turut menceritakan pengalaman masing-masing berhadapan dengan situasi sama menerusi ruangan komen video tersebut.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:

Tonton video penuh di bawah:

@azie_anjeeee

Time nie beli air balang tepi jln area klang… sbb tringin sgt air keladi..dah siap tuang 2jug , ada balance sket lg dlm plastik …sy tergerak hati nk tuang smua dlm cawan ..skali ingat cincau nk gelonsor dlm cawan ..rupanya cicak yg dah hampir reput …kecoh satu dapur sy menjerit ..geli giler

оригинальный звук - Aizh

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: