seismik

10 Jurugambar 'Malay Wedding' Dengan Sentuhan Artistik Terbaik Pilihan SAYS

Majlis perkahwinan merupakan satu detik sekali seumur hidup yang amat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Jadi, mestilah kena ambil gambar cantik-cantik bagi mengabadikan kenangan selama-lamanya.

Cover image via Detik Indah Photography

1. Prettypeektures

Prettypeektures merupakan jurugambar perkahwinan profesional yang berpangkalan di Subang Jaya, Selangor. Mereka sentiasa percaya bahawa pelanggan adalah raja. Mereka berjanji untuk memberikan servis yang terbaik bukan sahaja pada hari majlis, tetapi sebaik sahaja pelanggan menghubungi mereka!

Prettypeektures Facebook, Instagram, Twitter, dan Vimeo.

Email: [email protected] / [email protected]

Alamat: Subang Jaya

2. Detik Indah Photography

Detik Indah Photography adalah satu nama yang dipercayai dalam industri fotografi perkahwinan yang mempunyai rekod yang bersih dan terbukti dalam menyampaikan hasil yang terbaik untuk pelanggan. Seindah namanya 'Detik Indah', itulah apa yang mereka usahakan dalam merakam detik-detik paling berharga dalam kehidupan seorang pengantin.

Detik Indah Photography Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

Laman web: www.detikindah.com

Email: [email protected]

Alamat: Pulau Pinang

3. Mukhrizudey

Diusahakan oleh dua sahabat Mukhriz Abd Latif dan Wan Salahuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Udey yang berkenalan melalui kumpulan fotografi di MySpace sekitar 2003. Mereka menawarkan perkhidmatan melalui jenama Mukhriz Udey Photography (MU) yang ditubuhkan pada 2009.

Mukhrizudey Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube

Laman web: mukhrizudey.com

Email: [email protected]

Alamat: 5-1A, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Kuala Lumpur

4. Avicenna Studio

Avicenna Studio terdiri daripada sekumpulan individu yang bersemangat dan suka merakam detik-detik ajaib. Dimulakan pada 2005 secara solo, mereka kini telah berkembang menjadi sebuah keluarga yang besar. Fotografi dan sinematografi adalah kepakaran mereka, terutamanya di majlis perkahwinan, majlis korporat dan majlis persendirian. Misi mereka hanya satu iaitu membuat pelanggan ketawa dan tersenyum.

Avicenna Studio Facebook, Instagram, Twitter, dan Vimeo

Laman web: www.avicennastudio.com

Email: [email protected]

Alamat: C-8-2 Bangi Gateway, Persiaran Pekeliling Seksyen 15, 43650 Bangi, Selangor

5. Lensa Arshad Photography

Ghairah dan semangat, itulah dua sifat yang diterapkan dalam diri Arshad sebagai seorang jurugambar profesional. Beliau merasakan karier jurugambar ini sangat bermakna kerana setiap saat, setiap pergerakan, dan setiap detik mempunyai ceritanya tersendiri. Dan semuanya boleh diterjemah melalui lensa kamera.

Lensa Arshad Facebook, Instagram, Twitter, dan Vimeo

Laman web: lensaarshad.500px.com

Email: [email protected]

6. Ministry Of Moment

Dibarisi sekumpulan anak muda yang bercita-cita tinggi, masing-masing dengan bakat dinamik dan kemahiran tersendiri. Mereka dianggap sebagai pakar dalam kerja-kerja mereka untuk majlis perkahwinan, gambar potret dan kenangan travelogue. Semangat mereka dalam mengembara bertepatan dengan hasil kesempurnaan dalam kerja mereka, seperti pepatah "The more we travel, the more we see and value this life".

Ministry Of Moment Facebook, Instagram, dan Vimeo.

Laman web: booking.ministryofmoment.com

Email: [email protected]

Alamat: 10-3, Velodrome Biz Park, Jalan Dataran Velodrome, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

7. Mangotouch

Mangotouch mengilhamkan seni teknik fotografi gelombang-baru dalam merakam detik-detik bermakna dalam hidup. The Mangos sentiasa menginspirasikan campuran potret rasmi dan photojournalism ke dalam karya mereka. Pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini juga menjadikan mereka pakar dalam menghasilkan dokumentari kenangan dengan pendekatan seni yang sungguh artistik dan indah.

Mangotouch Facebook, Instagram dan Twitter.

Laman web: www.mangotouch.com

Email: [email protected]

8. Redhu Malek Photography & Cinematography

Redhu Malek merupakan jurugambar perkahwinan dan sinematografer sepenuh masa yang berpangkalan di rantau tengah dan utara Semenanjung Malaysia. Beliau juga merupakan ketua jurugambar dan sinematografer di Twig Studio. Twig Studio telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan sekumpulan jurugambar yang berbakat. Sejak itu perniagaan ini telah berkembang dan kini Twig Studio merangkumi semua bidang fotografi dan sinematografi di seluruh Malaysia.

Redhu Malek Facebook, Instagram, Twitter dan Vimeo.

Laman web: blog.redhumalek.com

Email: [email protected]

Alamat: Jalan BP 2/7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

9. Anan Amri

Seorang "hamba" fotografi dan artis visual experimatalist dari Shah Alam yang mempunyai wawasan untuk menjelmakan jiwa ke dalam setiap imej yang dirakam. Ditubuhkan pada 2007, beliau kini melakukannya sebagai kerjaya sambilan kerana sedang mencari cabaran baru dalam hidup.

Anan Amri Facebook, Instagram, Twitter dan Vimeo.

Laman web: ananamri.com

Email: [email protected]

Alamat: 22, Jalan Tebing Dua 8/8B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

10. Anna-Rina Photography

Nama sebenarnya ialah IS Anna-Rina dan berasal dari Sabah. Anna merupakan jurugambar perkahwinan sepenuh masa sejak 2007. Sehingga hari ini, Anna masih cintakan bidang ini dan berasa benar-benar diberkati dengan peluang yang beliau kecapi dalam hidup.

Anna-Rina Facebook, Instagram dan Twitter.

Laman web: www.anna-rina.com

Email: [email protected]

Alamat: Petaling Jaya

Kita intai pula 11 bakat anak muda Malaysia dalam seni lukis:

You may be interested in: