Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

4 Tips Paling Penting Anda Wajib Tahu Apabila Memilih Ayam. Barulah Tak Rugi!

Gunakan cara-cara yang mudah & berkesan ini ketika membeli ayam yang segar. Senang je!

Ayam sememangnya pilihan yang paling popular di Malaysia kerana cara masakannya yang mudah dan rasanya yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai

Image via Seismik Makan

Image via Seismik Makan

Image via Seismik Makan

Tetapi kebanyakan orang masih tidak tahu cara-cara memilih ayam yang segar. Sebelum ini, kami sudah memperkenalkan cara-cara memilih ikan. Jika anda ingin mengetahui cara-cara memilih ayam, teruskan membaca! 

Ikuti 4 tips memilih ayam yang segar di bawah:

1. Perhatikan warna daging ayam

Image via Getty Images (diedit oleh Seismik Makan)

Apabila membeli ayam, perhatikan warna di semua bahagian termasuk di paha dan di bawah kepak juga.

Ayam yang segar akan mempunyai daging berwarna kemerah-merahan.
Manakala ayam yang lama akan mempunyai warna pucat dan kekuningan kerana sudah disimpan lama dan dibekukan beberapa kali.

2. Rasakan tekstur daging ayam

Image via ktvq (diedit oleh Seismik Makan)

Daging ayam segar akan mempunyai tekstur yang empuk apabila ditekan. Manakala ayam yang tidak segar akan tenggelam apabila di tekan.  

3. Pastikan tiada bau yang kurang menyenangkan

Image via spoonuniversity

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau busuk atau hanyir. Jika ayam mempunyai bau hanyir yang kuat dan tidak menyenangkan, ayam sudah lagi tidak segar dan selamat untuk dimakan.

4. Perhatikan darah pada bahagian tulang

Image via cocinadelirante.com (diedit oleh Seismik Makan)

Ayam yang segar tidak akan mempunyai darah yang banyak pada bahagian tulang. Jika ayam mempunyai darah yang banyak, ia bermakna ayam sudah tidak segar kerana telah dibekukan dan dinyahbekukan beberapa kali.

Disebabkan ayam mentah mempunyai risiko salmonella yang lebih tinggi, maka sebaiknya anda membeli ayam segar untuk mengurangkan risiko tersebut

Image via sehinggit.blogspot.com

Sebaiknya, ayam segar patut disimpan pada suhu 4°C dan ke bawah untuk mengurangkan risiko salmonella dari membiak. Tetapi kebiasaannya, ayam tidak dijual pada suhu yang sejuk. Anda disarankan untuk membawa cooler pack untuk memastikan ayam anda kekal segar sementara anda membeli-belah.

Jika anda membeli ayam segar di pasar raya, anda sewajarnya mengambil ayam selepas anda sudah selesai memilih barang-barang lain. Dengan cara ini, ayam kekal segar. 

Bekukan ayam anda dengan betul juga!

Image via anovaculinary.com

Cara-cara:

  1. Mulakan dengan meletakkan ayam ke dalam beg plastik kedap udara. 
  2. Letakkan ke dalam satu lagi beg plastik kedap udara.
Cara lain:
  1. Balutkan ayam dengan pembalut aluminium atau plastik.
  2. Masukkan ke dalam beg plastik kedap udara. 
Lapisan pembalut aluminium, plastik atau beg plastik kedap udara berfungsi untuk mengelakkan pembekuan pada permukaan ayam anda. Manakala, lapisan kedua pula adalah untuk mengelakkan dari freezer burn.

Tip: Ayam mentah boleh bertahan di dalam peti beku selama 2 bulan. Untuk memudahkan kerja anda, labelkan beg plastik dengan isi dan tarikh dibekukan.

Selamat membeli belah!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi tips membeli barangan dapur di sini:

Jom check out banyak lagi tips memasak di sini:

Dah tahu cara memilih ayam, jom cuba masak pula:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment