Lebih 8K 'Retweet', Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Barang Basah Kekal Segar Lebih Lama
Gunakan tips-tips mudah ini untuk menyenangkan hari anda dan sekaligus menjimatkan kos barang dapur!
Siapa tidak suka peti sejuk yang penuh dengan stok makanan? Tetapi, adakah anda menyimpan barang basah anda dengan cara yang paling optimum?
Seperti anda sedia tahu, semua barang basah mempunyai tarikh luput masing-masing. Tetapi, tahukah anda bahawa cara penyimpanan bahan basah mampu memanjangkan tempoh hayat barangan tersebut? Selain itu, cara penyimpanan yang betul juga dapat memudahkan hari-hari anda yang akan datang.
Dengan puasa yang akan berkunjung tiba, jom tengok cara-cara untuk memudahkan kerja kita di dapur?
Untuk tips penyimpanan bahan basah yang ringkas dan efektif, ikuti perkongsian pengguna Twitter Ana Sulianna yang telah mendapat sebanyak 8k perkongsian!
1. Bahagikan bahan protein mengikut saiz hidangan yang diingini ke dalam ziplock bag
Untuk mengekalkan kesegaran bahan basah anda, pertama sekali, anda haruslah mencuci bahan basah terlebih dahulu. Kemudian, bahagikan barangan tersebut ke dalam ziplock bag mengikut porsi hidangan yang anda inginkan.
2. Simpankan sayuran anda beralaskan tisu dapur dalam ziplock bag
Untuk sayur-sayuran seperti labu, carrot, timun, pok choy dan sebagainya, anda boleh potong sayur-sayuran berikut terlebih dahulu tanpa mencucinya. Kemudian, masukkan sayuran tersebut ke dalam ziplock bag yang beralaskan tisu dapur. Akhir sekali, letakkannya ke dalam peti sejuk dan guna bila perlu. Confirm sayur anda tahan lebih lama!
3. Letakkan daun-daun di dalam ziplock bag dan simpankan di dalam freezer
Cara penyimpanan ini boleh digunakan untuk daun-daun seperti daun kari, daun limau purut, daun ketumbar, daun kunyit dan sebagainya. Tanpa perlu dicuci dahulu, periksa daun-daun dan buangkan yang layu. Kemudian, masukkannya kedalam ziplock bag dan simpankan di dalam freezer supaya tahan lebih lama. Daun-daun boleh bertahan berbulan-bulan jika disimpan dengan cara ini.
4. Simpankan sayuran akar anda di dalam bekas berisi air
Untuk sayuran akar seperti lengkuas, halia, kunyit hidup dan lain-lain, cara penyimpanannya sedikit berbeza daripada sayuran lain. Untuk mengekalkan kesegaran yang lebih lama, cucikan sayuran akar tersebut dan letakkannya di dalam balang yang berisi air. Kemudian, simpan balang tersebut di dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk menukar airnya setiap minggu agar sayur akar kekal segar untuk masa yang lebih lama.
5. Balutkan sayuran seperti bunga kubis, brokoli dan kubis menggunakan wrap plastik.
Untuk sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan bunga kubis, anda hanya perlu membalutnya dengan wrap plastik tanpa perlu dibasuh. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk dan gunakan bila anda mahu. Untuk menyimpah lebihan sayuran berikut, anda hanya perlu balutkannya semula selepas guna.
6. Potong buah-buahan sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk
Untuk mengekalkan kesegaran dan memudahkan kerja anda di dapur, anda boleh potong buahan buahan anda dan simpankan dalam bekas kedap udara. Kemudian, sejukkan di dalam peti sejuk dan makan bila anda mahu!
7. Letakkan bawang dan kentang di tempat yang kering dan bersuhu bilik
Simpan kentang dan bawang anda di mana-mana ruangan yang bersuhu bilik. Selain itu, kentang dan bawang juga boleh disimpan di dalam bakul di ruangan yang kering supaya sayuran mendapat pengudaraan yang cukup dan bertahan lebih lama.
Dengan tips-tips di atas, barangan dapur anda pasti akan kekal teratur dan segar untuk kegunaan masa hadapan. Bukan sahaja itu, anda juga boleh berjimat dengan menggunakan semua barangan dapur sebelum rosak. Selamat mencuba!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!