makan
Ini Resepi Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Dengan Mihun Sup. Pedas & Likat!
Tak sempurna tanpa sambal kicap...
Cover image via
Ida Hassan (Facebook)
Sudah menjadi kebiasaan apabila makan mihun sup, mi rebus atau soto mesti memang kena ada sambal kicap. Macam ada benda yang tak kena kalau takda sambal kicap...
Image via Sinar Harian
Jom belajar cara-cara buat sambal kicap ini. Memang padu dan mantap. Rasa yang pedas, power! Yay, lepas ni boleh la stock up sambal kicap di rumah sendiri. Tak perlu beli... anda juga boleh hasilkan sambal yang sedap.
Bahan-bahan:
- Segenggam cili padi
- Seulas bawang putih
- 3 biji limau kasturi
- Secawan kicap manis
- 2 sudu besar gula pasir
Cara penyediaan:
1. Buang biji limau supaya sambal tidak pahit. Tinggalkan sebiji limau untuk perahan.
2. Blendkan semua bahan sehingga lumat. Letak dalam bekas.
2. Blendkan semua bahan sehingga lumat. Letak dalam bekas.
Image via Ida Hassan (Facebook)
3. Perahkan sebiji limau dalam sambal. Kemudian, hiris kulit limau nipis-nipis dan masukkan dalam sambal untuk tahan lebih lama.
Image via Ida Hassan (Facebook)
Yay, sambal kicap yang extra power, pedas dan likat dah pun siap... Jemput menjamu selera!
Image via Ida Hassan (Facebook)
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan