makan

Ini Resepi Sup Tulang Merah Simple Yang Wajib Cuba Di Rumah. Sedap Tak Terhingga!

Bukan sahaja senang, nikmat pula tu. :)

Cover image via Azlin Nordin (Facebook)

Sup tulang merah merupakan menu paling popular di Singapura. Mana taknya, rasa daging manis-manis pedas. Rasakan keenakan tulang gearbox yang sedap. Confirm puas hati!

Image via Daily Makan

Nampak sedap kan? Umph, tak sabar dah nak masak dan makan. Kebiasaannya akan dimakan dengan roti kosong. Nak ratah je pun takda masalah. Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Azlin Nordin

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 2 sudu cili boh
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jntan putih
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 tin kecil pes tomato
Bahan tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 10 buntil pelaga
  • 5 kuntum bunga lawang
Bahan lain:
  • 1 kg tulang gearbox kambing
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji kentang
  • 1 biji telur
  • 2 inci gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa


Cara penyediaan:

1. Rebuskan tulang gearbox sehingga daging lembut. Boleh dimasukkan ke dalam pressure cooker
2. Kisarkan semua bahan kisar ke dalam blender
3. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. 
4. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali. 
5. Tumiskan sehingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Jika dah garing, masukkan gula merah. Gaul sehingga sebati. 
7. Kemudian, masukkan air rebusan tulang gearbox tadi. Masukkan juga lobak merah dan kentang. 
8. Letakkan tulang gearbox dan biarkan sehingga mendidih. 
9. Apabila kuah mendidih, pecahkan telur secepat mungkin dan kacau. 

Yay, sup tulang merah sudah pun siap. Sedia untuk dimakan... Nyumeh!

Hiaskan dengan hirisan kubis, sedia untuk diratah!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang enak?

Nak senangkan kerja-kerja di dapur?

You may be interested in: