makan

Teringin Kek? Jom Follow Resepi Kek Marble Paddle Pop Warna Warni Gebu Yang Viral

Sooo gebu!

Cover image via Azlina Ina Fans (Facebook)

Biasa makan aiskrim Paddle Pop masa kecil-kecil kan? Emm, sedap rasa lemak-lemak... Manis pula tu! Siapa tak suka?

Image via Pinterest

Jom recreate aiskrim Paddle Pop ini, kita jadikan kek marble warna warni! Yay... cantik, sedap dan gebu. Senang je nak hasilkan, jom follow resepi yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Azlina Ina Fans

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur gred B
  • 170-180g cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalatte
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 5 sudu besar yoghurt 
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 200g tepung berserbuk penaik
  • 160g marjerin atau butter

Cara penyediaan:

1. Gabungkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam satu mangkuk. Putarkan selama 3 minit.
2. Cairkan marjerin atau butter. Kalau boleh biarkan marjerin dalam suhu yang suam supaya kek menjadi lebih moist. Tuangkan ke dalam adunan tadi dan gaul rata. 
3. Asingkan adunan ke dalam 3 bekas yang berbeza. 
4. Titiskan pewarna yang berlainan ke dalam setiap bekas. Gaul rata adunan.
4. Layerkan setiap adunan yang berbeza ke dalam loyang. Kemudian, lorekkan permukaan kek untuk corak.
5. Panaskan oven pada suhu 170°C selama 5 minit.
6. Kemudian, bakar kek pada suhu 150°C selama 45 hingga 50 minit.
7. Keluarkan dan terbalikkan kek atas redai untuk corak. Tunggu 2 hingga 3 jam biarkan kek sejuk.

Ta-daaaaa! Siap dah kek marble Paddle Pop yang cantik dan warna warni... Sedia untuk dihidang.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi minum petang?

Ikuti tips-tips dapur ini: