seismik

2 Orang Budak Kena Saman, Tapi Sempat Salam Cium Tangan Abang Polis Ini Curi Perhatian

Tetap beradab ya.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna jalan raya, peraturan ketika berada di jalan raya haruslah dipatuhi

Hal ini bagi mengelakkan daripada perkara yang buruk terjadi. Malah, mempunyai lesen untuk memandu atau membawa motosikal sangat penting.

Banyak kita boleh lihat zaman sekarang ini anak-anak muda yang menunggang motosikal tanpa lesen dan sebagainya.

Lain pula yang terjadi dengan video ini apabila dua orang budak sempat bersalam dengan abang polis selepas disaman telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sempat salam cium tangan lepas kena saman

Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu polis trafik sedang menahan dan menyaman dua orang budak lelaki yang dilihat tidak memakai topi keledar.

Namun, selepas menyaman dan bercakap dengan budak lelaki tersebut, dilihat mereka sempat menyalam dan mencium tangan abang polis tersebut sebelum beredar.

Image via Twitter

"Tahniah dik tinggi adab dan akhlak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 182.7K views, 559 repost dan 1,113 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kena saman pun tetap hormat, bagus :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: