3 Bulan Berlakon Pergi Kerja Depan Isteri, Ramai Tersentuh Dengan Luahan Lelaki ini
Dengan keadaan sekarang memang susah nak cari kerja terlalu banyak saingan.
Semenjak berlakunya penyebaran Covid-19, kerajaan terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan negara kita
Oleh kerana keadaan pandemik yang sangat teruk di seluruh dunia, kebanyakan negara terpaksa melakukan perintah secara berkurung. Malaysia juga tidak terkecuali dari melakukan itu.
Umum sedia maklum, bahawa kerajaan kita telah melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac lalu dan ia nyata memberi impak yang besar kepada kita semua.
Daripada ekonomi negara sehingga beberapa industri di Malaysia, ada sesetengahnya terpaksa gulung tikar dan memberhentikan pekerja kerana pendapatan yang terjejas. Perkara ini jelas telah menjejaskan aktiviti seharian kita.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang lelaki berkongsikan kisah sedihnya sewaktu musim PKP tempoh hari melalui satu panggilan telefon kepada stesen radio Suria FM.
Keluar macam biasa pergi kerja, tak sampai hati nak bagi tahu isteri dah hilang kerja
Perkongsian lelaki itu turut dikongsikan oleh warga Twitter yang bersimpati dengan perkara menimpa lelaki tersebut.
Ia telah menarik perhatian warga Twitter dengan lebih 40K retweets. Lelaki itu menceritakan tentang bagaimana dia kehilangan kerja dan tidak mahu memberitahu isterinya mengenai perkara tersebut.
Jelas lelaki itu lagi, dia telah kehilangan kerja disebabkan perintah kawalan pergerakan yang berlaku dalam negara.
Selama tiga bulan dia menyembunyikan perkara itu daripada isterinya dengan keluar pergi ke kerja seperti biasa.
"Bila saya keluar pergi kerja saya keluar seperti biasa. Saya naik motor tapi tak beritahu dia saya dibuang kerja.
"Rasa serba salah nak bagitahu sebab rasa tak sampai hati nak bagitahu dibuang kerja. Semua orang pasti tengah susah nak cari kerja sekarang.
"Saya buatlah kerja harian, tak kisah. Saya keluar pakai macam biasa, tapi sebenarrnya saya ada baju salinan," katanya.
Berikut adalah perbualan lelaki itu bersama stesen radio tersebut:
Selepas 3 bulan menganggur akhirnya dapat juga kerja, tapi isteri masih tak tahu dia pernah dibuang kerja
Oleh kerana usaha beliau yang tanpa henti mencari kerja baru, akhirnya ia membuahkan hasil. Dia dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga bersama syarikat baru dan mendapat tawaran pekerjaan tersebut.
"Alhamdulillah nak dijadikan cerita 14 September saya dapat kerja. Bila dapat panggilan interview saya beritahu isteri. Tapi, dibuang kerja saya tak beritahu.
"Saya cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja atau on the way cari kerja, percayalah dengan diri sendiri, jika kita usaha Allah akan tolong kita," pesannya kepada semua pendengar sebelum menamatkan panggilan.