8 Jam Makan Non-Stop! Team Seismik Dapat Merasa Pengalaman ‘Awesome’ Di Hotel Ini. POWER!
Puas hati dapat makan non-stop macam ni.
Terima kasih Sunway Putra Hotel sebab bagi peluang kepada team SAYS Seismik untuk merasa pengalaman 'STAY-Kawtim, Makan Unlimited' ini!
Bukan nak cakap apa, tapi pengalaman dan layanan baik yang diberikan untuk team SAYS Seismik oleh pihak Sunway Putra Hotel ni memang tak dapat dilupakan.
Bayangkan, dari sampai hotel untuk check-in sampailah check-out, layanan yang diberikan memang A+!
#honestreview gitu.
Kalau anda nak tahu, hujung minggu lepas, team kami diberi peluang menjadi salah seorang yang terawal untuk merasai sendiri pakej terbaru yang dilancarkan oleh Sunway Putra Hotel
Untuk anda yang masih belum tahu, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur telah melancarkan satu pakej menarik iaitu 'STAY-Kawtim, Makan Unlimited' yang pertama di Kuala Lumpur!
Pakej ini menawarkan bilik jenis Superior Room untuk (2) dewasa dan (2) kanak-kanak bawah 12 tahun termasuk in-room breakfast. Bukan itu sahaja, pakej ini juga termasuk 'Makan Unlimited' di mana anda dan keluarga dapat makan puas-puas selama 8 jam bermula 12 tengahari sehingga 8 malam.
Berbaloi sangat kan?!
Dengan pakej ini, anda akan mendapat potongan harga sebanyak 50% dari nilai sebenar. Bukan itu sahaja, pakej ini juga memang sangat sesuai untuk anda sekeluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai perancangan untuk terokai 'hidden gems' di Kuala Lumpur City!
Macam-macam aktiviti boleh dilakukan. Percayalah, seronok juga sebenarnya.
Chup!
Sebelum tu, tengok dulu 'sneak-peak' bilik jenis berkembar/connecting room yang disediakan untuk team kami!
P/S: Gambar-gambar kami tangkap guna telefon bimbit je.
Tak sangka juga bilik yang disediakan sebesar ni. Boleh guling-guling, selesa pula tu.
Untuk tahap kebersihan dan operasi sanitasi di setiap bilik tetamu pula memang tak perlu risau sebab di sini sangat bersih dan terjaga
Memang tip top.
Mesti anda tertanya tentang menu yang disediakan untuk pakej 'Stay KAWTIM, Makan Unlimited' ni kan?
Boleh check out menu di bawah:
Paling best sekali, anda boleh jamu kesemua menu-menu ini tanpa had selama 8 jam bermula 12pm. Tapi kalau rasa perut nak meletup tu boleh berhenti dulu, sambung kemudian. Jangan pula pelahap tak ingat dunia.
Pakej ini ditawarkan dengan harga serendah RM238 satu malam diikuti dengan Stay-KAWTIM, Makan Unlimited, serta RM100 baucar beli belah daripada Sunway Putra Mall.
Jika anda berminat untuk membeli pakej ini dan ingin mengetahui lebih lanjut , boleh layari terus ke laman web www.sunwayhotels.com.
Tertakluk kepada terma dan syarat.