"Gagap & Selalu Dihina Waktu Kecil."- Ini 9 Kisah Hidup Mr Bean Yang Ramai Tak Tahu. Sedih

"Never give up on yourself." - Rowan Atkinson a.k.a Mr. Bean.

Siapa sahaja yang tak kenal dengan pelawak dan pelakon rancangan komedi terkenal, Mr Bean ini. Dia inilah yang sering menceriakan hari-hari anda sewaktu ketika dahulu. Malah, sehingga hari ini.

Rowan Atkinson.

Image via Liputan 6

Watak Mr Bean telah dilakonkan dengan jayanya oleh seorang lelaki yang bernama Rowan Sebastian Atkinson. Beliau merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penulis skrin England yang terkenal dengan hasil karyanya dalam sitkom Blackadder dan komedi, Mr Bean.

Beliau telah mencapai kemashyuran menerusi rancangan komedi sketsa BBC Not the Nine O'Clock News pada tahun 1979 sehingga 1982 dan turut menerima Anugerah BAFTA 1981 untuk Persembahan Hiburan Terbaik dan melalui penyertaannya di The Secret Policeman's Ball dari 1979.

Beliau juga telah disenaraikan sebagai pelakon paling lucu dalam komedi British.

Image via Standard.co.uk

Kreativiti beliau mula terserlah menerusi sitkom komedi Mr Bean dan selepas itu beliau menjadi semakin terkenal.

Hampir semua orang akan berada di hadapan televisyen bagi menonton sitkom komedi yang dilakonkan oleh Rowan. Memang benar-benar mencuit hati!

Namun, di sebalik kejayaan yang diperoleh Rowan sehingga kini, ada cerita sedih yang mungkin ramai tidak tahu. Betapa kuatnya semangat Rowan untuk terus berdiri teguh sampai hari ini.

Image via NPR

Di bawah kami senaraikan beberapa fakta tentang kisah perjalanan hidup Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean yang akan membuatkan anda berasa terkejut kerana tidak menyangka bahawa beliau telah menempuhi liku hidup yang begitu mencabar.

Baca fakta penuh di bawah:

1. Sewaktu kecil, beliau dipanggil 'Muka Alien' oleh pembulinya di sekolah

Image via The Take Out

Ketika proses membesar, beliau sering diejek dan dikacau oleh pembulinya. Perkara ini berlaku kerana beliau mempunyai masalah percakapan (gagap).

2. Beliau sering menghabiskan masa keseorangan kerana tidak mempunyai kawan yang ramai

Image via Fotogramas

Beliau turut mempunyai sifat malu yang teramat. Oleh sebab itu, beliau membuat keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh dan memberikan tumpuan sepenuhnya ketika berada dalam kelas sains.

Beliau juga berusaha sedaya-upaya untuk mendapatkan pencapaian akademik yang terbaik buat dirinya.

3. Salah seorang gurunya berkata, "Tiada perkara luar biasa yang ada pada dirinya. Saya tidak menyangka dia akan bergelar saintis yang berjaya dan hebat.."

Kerja keras beliau begitu membuahkan hasil yang berbaloi dan mendatangkan hasil buat dirinya. Beliau akhirnya diterima untuk melayakkan diri bagi melangkahkan kaki ke universiti yang berprestij iaitu Oxford University.

4. Ketika zaman belajar, Rowan mula menaruh minat dalam bidang lakonan

Image via IMDB

Namun begitu, harapannya itu tidak kesampaian kerana masalah percakapan yang dihadapi olehnya sejak kecil.

Walau bagaimanapun, beliau masih berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik walau sebenarnya beliau masih menaruh minat yang begitu mendalam untuk berlakon.

5. Beliau mula menyertai kumpulan komedi untuk merialisasikan impiannya untuk menjadi seorang pelakon

Image via Amazon

Namun malangnya, banyak rancangan televisyen telah menolaknya kerana masalah percakapan yang dialami. Beliau juga berasa begitu sedih dan kalah dengan segala kata-kata yang dilontarkan terhadap dirinya. 

Namun, beliau masih berdiri teguh untuk membuktikan bahawa dirinya mampu melakukan apa sahaja perkara yang disukai tanpa perlu memikirkan pendapat orang lain.

6. Masalah percakapan yang dialami akhirnya berjaya ditewaskan selepas mengambil bahagian untuk melakonkan satu watak di atas pentas

Image via Pinterest

Tidak lama kemudian, beliau baru tersedar bahawa beliau mampu untuk bercakap seperti orang biasa (tanpa gagap) selepas memainkan watak di atas pentas. Terbaik!

"Saya paru perasan ketika memainkan watak yang bukan menjadi diri sendiri, masalah percakapan saya lalu hilang begitu sahaja."

7. Beliau masih ditolak oleh rancangan televisyen kerana penampilan dan wajahnya

Image via Blogspot

Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk betukar dari stesen televisyen ke radio. 10 tahun selepas itu, beliau mula membina watak seperti kanak-kanak dan mula beraksi dan membuat persembahan di beberapa buah festival.

Image via Mental Floss

8. Beliau mula memainkan watak sebagai seorang karakter tanpa nama namun sering membuatkan penonton ketawa hingga tidak kering gusi

Image via Newsday

Tidak lama kemudian, beliau berjaya membawa diri ke siaran televisyen dan bermulalah show pertamanya iaitu Mr. Bean. 

Show tersebut ternyata berjaya meraih perhatian ramai penonton dan mereka amat menyukai watak Mr Bean yang dibawa sendiri oleh dirinya. Aura yang ada pada dirinya juga membuatkan show tersebut sesuai ditonton oleh setiap orang tanpa mengira peringkat umur.

Image via Daily Mail

9. Beliau akui bahawa bidang lakonan sedikit sebanyak telah membantunya untuk mengatasi masalah percakapan yang dialami sejak kecil

Image via itv.com

Sehingga hari ini, beliau merupakan seorang pelawak yang terkenal di seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja, atas kejayaan dan usahanya, beliau juga memiliki harta dan wang tunai bernilai hampir 130 milion. 

Tambahan lagi, beliau juga telah bergelar seorang suami dan bapa kepada isteri dan 3 orang anaknya.

Image via YouTube

We love you, Mr Bean!

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment