seismik

"Air Ikat Tepi Satu" - Gelagat Pemuda Terjatuh Bawa Plastik Extra Large Ini Raih Perhatian

Besar sangat tu air bang!

Cover image via @saifull_17 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Dalam kalangan kawan kita, mesti ada seorang dua yang perangai gila-gila dan selalu buat kawannya terhibur bukan?

Mereka ini dikatakan berani dan tidak mempunyai sifat malu untuk menceriakan suasana. Selalunya, mereka inilah yang paling menonjol kerana sering buat lawak dan ada saja perangai pelik mereka. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemuda dilihat membawa air plastik yang besar, namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba bawa air ikat tepi yang besar, sekali jatuh ke dalam parit

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang membawa plastik besar yang berisi air di depan rumahnya. 

Sebaik saja air yang berat itu dipikul, dia dilihat hilang imbangan badan lalu jatuh ke dalam parit bersama air yang baru dibeli. Lebih melucukan lagi, dia dilihat tercungap seketika sebelum menyelamatkan dirinya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Teh O ais jadi teh air tu bang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 48M tontonan, 5M tanda suka dan 175K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ha, itulah berlagak lagi. Kan dah tumpah semua air! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: