x

seismik

"Gelak Sakan" - Lelaki Ketawakan Monyet Tergelincir Dalam Kolah Ini Cetus Perbualan Ramai

Monyet tu nampak struggle nak keluar.

Cover image via @syabil8134 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Monyet memang merupakan bintang yang nakal dan sering membuat hal

Pernah viral monyet mencuri makanan tuan rumah yang dipesan melalui foodpanda. Bukan setakat itu, malah monyet pernah juga merasmikan kolam renang di rumah penduduk. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila insiden seekor monyet terjatuh ke dalam kolah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kantoi pula dengan seorang lelaki lalu gelak sakan tak ingat dunia

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menuju ke arah kolah di rumahnya sambil merakam video.

Dia dilihat terjumpa seekor monyet yang tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolah. Pada masa monyet gigih nak keluar daripada kolah, dia mengetawakan monyet berkenaan.

Kemudian, seekor monyet lagi muncul di atas bumbung seperti kelihatan marah. Perkara itu malah membuatkan dia gelak besar.

"Bang kenapa gelakkan kawan abang tu, join la sekali" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 317K tanda suka dan 10K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baik abang tolong angkat monyet tu bang, nanti dia kesejukan :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik