seismik

"Aku Nak Peluk Anak Aku" - Tular Wanita Ini Merayu Nak Peluk Anak Dihalang Bekas Suami

Alahai, sedih pula tengok.

Cover image via Rias Jelita (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi ibu bapa, anak adalah anugerah terindah dalam hidup mereka. Kalau sehari tak tengok wajah mereka rasa macam tidak lengkap

Merekalah penghibur hati dan penguat semangat kita jika menghadapi hari yang sukar. Tambahan lagi bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Merekalah yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. Tentunya jasa mereka amat tidak ternilai.

Namun, kecoh baru-baru ini sebuah video yang tular di Facebook menunjukkan seorang wanita dihalang bekas suami untuk memeluk anaknya sendiri telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rindu nak peluk dan cium anak setelah hampir 3 tahun tak jumpa

Menerusi video tersebut, wanita yang menggunakan nama Rias Jelita itu berkongsi situasi semasa dia ingin berjumpa dengan anaknya.

Difahamkan, hampir tiga tahun dia tidak menemui anaknya itu. Namun, sebaik saja dia mendekati anaknya itu kelihatan seorang lelaki yang difahamkan bekas suaminya cuba menghalangnya daripada bertemu anaknya sendiri.

Bekas suaminya itu dilihat dengan pantas menarik anak mereka untuk beredar jauh sebelum berlaku sedikit kekecohan. Mujur saja tiada apa yang serius berlaku selepas ia ditenangkan oleh anggota polis.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya dilihat sempat memeluk anaknya selepas beberapa kali meminta untuk memeluknya sebelum ia dipulangkan semula kepada lelaki berkenaan kerana dipercayai mendapat hak penjagaan. 

"Sedih tengok. Semoga Allah permudahkan segala urusan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya. Malah, ramai juga mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4K likes, 3.9K comments dan 6K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Peritnya rasa seorang ibu atau ayah kalau dipisahkan dengan anak mereka :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: