[VIDEO] Confident Cakap Tak Sakit Pasang Braces, Tapi Baru 1 Jam Pakai Rasa Nak Menangis
Baru dia tahu macam mana rasanya ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi anda yang sedang memakai braces atau pendakap gigi pasti anda akan ingat bagaimana rasanya waktu pertama kali anda pakai betul tak?
Kebiasaannya pada hari pertama pemakaian braces anda akan berasa sakit dan tidak selesa untuk makan. Malah, anda tidak boleh makan sembarangan makanan dan perlu mengikut nasihat doktor.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi situasi semasa hari pertama dia memakai braces telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rasa confident tak sakit lepas pasang braces sekali menyesal cakap
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi semasa dia baru saja memasang braces di giginya.
Pada awalnya dia seperti confident memberitahu bahawa ia tidak menyakitkan dan masih boleh makan seperti biasa.
Namun selepas satu jam dia memakai braces itu, dia kelihatan seperti sangat sakit dan perlu memakan makanan yang lembut saja.
Lihat video penuh sambungan di bawah:
"Sesungguhnya roti yang lembut boleh jadi seliat tayar lori" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihatnya dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 486K views, 37.2K likes dan 842 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: