seismik

[VIDEO] Bengang Lihat Ada Sampah Dicampak Dari Atas, Mak Cik Ini 'Sembur' Penghuni Flat

Amik kau!

Cover image via @putrasyah69 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah dengar tentang perangai buruk penghuni rumah flat atau apartment tentang kemalasan mereka untuk turun buang sampah kan?

Walaupun pihak pengurusan telah menyediakan tempat pembuangan sampah tetapi, masih ada segelintir dari mereka yang malas untuk turun dan hanya mencampakkannya dari tingkat atas.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok mengenai seorang mak cik yang bengang kerana melihat penghuni flat mencampakkan sampah dari atas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berang tengah sedap makan sekali nampak orang campak sampah dari atas

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mak cik sedang marah kerana melihat sampah dibuang dari tingkat atas.

Difahamkan ketika itu dia sedang makan di bawah flat tersebut sebelum melihat ada seseorang mencampakkannya. Situasi itu membuatkan dia marah dan terus menegur sambil memandang ke arah atas kerana risau ia akan berulang lagi.

Malah walaupun ia telah memarahinya, namun pelaku itu masih mencampakkan sampah ke bawah kerana berasa geram.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Tak payah pakai pembesar suara, power betul" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram mereka melihat video tersebut. Ada juga yang memahami bagaimana rasanya jika melihat orang sebegitu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 343.6K views, 19.3K likes dan 469 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Haih, masih ada lagi ya orang perangai macam ni. Harap dia berubah lepas dah kena marah tu :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: