seismik

Arab Saudi Benarkan Lelaki Dan Wanita Kongsi Bilik Hotel... Walaupun Belum Kahwin

Tertakluk hanya kepada warga asing.

Cover image via Al Safwah Hotel

Jangan rasa pelik. Apa yang tertulis pada headline itu adalah sahih.

Image via funadiq.com

Arab Saudi membenarkan lelaki dan wanita warga asing berkongsi bilik hotel bersama-sama tanpa membuktikan mereka mempunyai ikatan.

Perkara ini disahkan selepas kerajaan Muslim konservatif itu melancarkan rejim visa pelancong baru bagi menarik lebih ramai pelancong asing ke negara tersebut.

Golongan wanita, termasuk penduduk Saudi, juga dibenarkan untuk menyewa bilik hotel dengan sendiri

Image via wordpress.com

Sebelum ini, Arab Saudi langsung tidak membenarkan mana-mana wanita untuk membuat tempahan hotel.

Peraturan baru ini dilihat seperti membuka jalan buat kaum wanita untuk lebih bebas melancong tanpa diiringi lelaki ajnabi, dan memudahkan warga asing yang belum berkahwin untuk tinggal bersama sepanjang tempoh pelancongan.

Alkohol bagaimanapun masih diharamkan

Walaupun alkohol diharamkan, undang-undang baru ini dilihat sedikit ironi bagi sebuah negara yang mengharamkan hubungan seks di luar perkahwinan.

Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi menjelaskan bahawa warga Saudi perlu menunjukkan ID keluarga atau bukti perkahwinan ketika proses check-in. Pelancong asing pula tidak perlu menunjukkan apa-apa bukti.

Manakala golongan wanita, termasuk warga Saudi, dibenarkan untuk menempah dan menginap di hotel bersendirian.

Arab Saudi melancarkan rejim baru ini demi memperkasa sektor pelancongan supaya sumber ekonomi mereka tidak hanya bergantung kepada eksport minyak

Image via britannica.com

Sebahagian daripada langkah itu, Arab Saudi juga menyatakan bahawa pelancong asing tidak perlu memakai jubah hitam, cukup sekadar berpakaian sederhana dan sopan.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyasarkan 100 juta lawatan tahunan pelancong warga asing menjelang tahun 2030.

Arab Saudi agak tertutup selama beberapa dekad dan sebelum ini lelaki dan wanita yang tidak mempunyai ikatan, termasuk warga asing, boleh dihukum dengan serius kerana bercampur-campur di khalayak ramai

Image via bbci.co.uk

Kod sosial yang ketat telah dilonggarkan, terutamanya terhadap wanita dalam beberapa tahun kebelakangan ini, malah hiburan yang dilarang selama ini juga telah berkembang pesat.

Antara pembaharuan paling ketara:

  1. Mengakhiri pengharaman terhadap wanita yang memandu sejak tahun 2018.
  2. Memberikan hak-hak baru kepada wanita untuk melancong ke luar negeri.
  3. Menghapuskan sistem perwalian yang menugaskan setiap wanita seorang lelaki untuk meluluskan setiap keputusan penting sepanjang hidup mereka.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pernah dengar Wine, Wodka, dan Wiski halal?

Leave a comment