seismik

Konvo UIAM Dan 9 Lagi Artikel Paling Viral Sepanjang 2015 Di SAYS SEISMIK

Kesemua artikel ini memang betul-betul viral, betul-betul meletup, dan betul-betul melebihi 'expectation'.

Cover image via SAYS

Kesemua artikel di bawah adalah berdasarkan virality artikel Bahasa Melayu kami di SAYS SEISMIK dengan bilangan share melebihi 15,000 setiap satu sepanjang tahun 2015

1. Budak-budak UIA ambil gambar konvo versi tak nak mengalah yang sangat kreatif. Kami salute semangat yang mereka tunjukkan.

Image via SAYS

Siapa sangka para pelajar dari universiti Islam boleh ada idea untuk ambil gambar-gambar konvokesyen yang out of this world. Universiti lain pun tak boleh lawan. Mungkin saingan akan diperhebat pada masa akan datang? Kita tunggu dan lihat sendiri nanti.

Total Shares: 61,000++

2. Sebagai penerbangan patuh shariah pertama di Malaysia, Rayani Air mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari masyarakat Islam negara

Nama Rayani Air mencanak naik di laman sosial sebaik diperkenalkan dan terus menjadi bualan hangat orang ramai sampai sekarang. Jelas kita nampak bahawa masyarakat Islam di Malaysia amat menyokong inisiatif serta konsep patuh shariah yang diketengahkan oleh syarikat penerbangan ini.

Total Shares: 54,000++

3. Upgrade percutian seisi keluarga dengan menginap di banglo mewah di sekitar negara yang pastinya akan memberi pengalaman lebih epik!

Dah bosan tidur hotel? Apa salahnya sekali-sekala spend duit untuk menginap di banglo sewaan. Kalau ajak ramai-ramai, boleh kumpul duit dalam tabung. Kami pasti, percutian sebegini bakal memberi 1001 makna yang tak mungkin anda dapat lupakan.

Total Shares: 46,000++

4. Perniagaan makanan western halal dan berpatutan kini semakin berkembang di sekitar ibu kota. Boleh makan tanpa was-was dan tanpa membocorkan poket.

Sebelum ini, orang selalu persoal tentang status Halal makanan western di restoran-restoran fancy. Tapi sekarang, tiada masalah lagi untuk dapatkan makanan western yang Halal dengan harga berpatutan. Ada banyak restoran yang orang boleh pilih. Semuanya sedap-sedap belaka.

Total Shares: 45,000++

5. Pernah join PLKN? Lihat semula segala kenangan sepanjang berada di kem PLKN yang sentiasa terpahat dalam hati sanubari setiap pelatih sampai bila-bila.

Pengalaman yang dikutip sepanjang menjadi pelatih PLKN memang sesuatu akan dikenang selamanya. Tak semua orang dapat. Tapi tahun 2015, PLKN ditangguhkan buat sementara waktu bagi tujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM400 juta. Harap-harap 2016 akan ada balik.

Total Shares: 36,000++

6. Terkejut semua orang bila kembar Rosmah Mansor ditemui berada di benua lain. Lebih menarik, wanita ini hanya berusia 18 tahun.

Image via SAYS

Tak dinafikan, wanita dalam gambar ini memang betul-betul sama macam Rosmah. Selepas identitinya didedahkan, ribuan netizen menjadi "gila" dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk share foto wanita ini di laman sosial. Dalam sekelip mata saja, wanita ini terus menjadi popular dikalangan rakyat Malaysia.

Total Shares: 33,000++

7. Siti Nordiana bangkit dan bersinar kembali selepas menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2. Kalau dulu-dulu, tak ada orang pun yang berminat nak sponsor.

Image via SAYS

Siti Nordiana atau Nana begitu menyerlah dalam Gegar Vaganza. Siapa sangka Nana, yang lebih terkenal dengan lagu-lagu pop santai sebelum ini sebenarnya mempunyai vokal yang power dan mampu membawa lagu balada nyanyian Ziana Zain. Bakat terpendam Nana begitu menonjol dari minggu ke minggu sehingga dinobat sebagai juara.

Total Shares: 32,000++

8. Salah satu mercu tanda kesayangan rakyat Malaysia, Gunung Kinabalu dibuka semula kepada umum setelah mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi

Rakyat Malaysia terutamanya pendaki bersorak gembira selepas laluan baru Gunung Kinabalu akhirnya dibuka pada Disember. Gunung Kinabalu mengalami kerosakan teruk sehingga terpaksa ditutup selama 3 bulan akibat daripada gegaran gempa bumi pada skala 6.0 yang melanda Sabah pada Jun. Lebih menarik, laluan baru ini menjanjikan lebih banyak spectacular views sepanjang pandakian.

Total Shares: 31,000++

9. Ramai orang marah bila si ibu ini terlalu kecewa terhadap anaknya yang HANYA dapat 4A dalam peperiksaan akhir tahun

Tak semua anak bernasib baik. Ada sesetengah ibu bapa yang anggap keputusan 4A itu dah cukup baik. Tapi berlainan pula dengan kes ini. Anak dapat 4A tapi si ibu kecewa betul sampai ceritakan di laman sosial. Ramai orang menganggap si ibu ini tak bersyukur dan melampau.

Total Shares: 20,000++

10. Gempar satu Malaysia dengan berita orang sanggup beli vape sampai RM17,000 dan beli helmet sampai RM47,000. Gila ke apa?

Image via SAYS

Mula-mula dengar cerita orang beli vape limited edition sampai RM17K. Beberapa hari kemudian, keluar pula cerita orang beli topi keledar rare sampai RM47K. Kenapa dua benda "gila" ni boleh jadi dalam masa yang singkat? Apa yang orang tak tahu, rupa-rupanya dua pembelian ini melibatkan individu yang sama. Serius tak tipu!

Total Shares: 16,000++

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat pula senarai makanan dan minuman paling trending sepanjang 2015 DI SINI:

You may be interested in: