x

seismik

"Auto Angelina Jolie" - Usik Sarang Tebuan, Bibir Lelaki Ini Terus Berubah 360 Darjah

Kenapa pergi usik sarang tebuan tu bang.

Cover image via @wad8419 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tebuan merupakan sejenis serangga terbang dan mempunyai sengat yang menyakitkan

Sarang tebuan ini biasanya boleh dilihat di atas pokok. Oleh itu, anda dinasihatkan agar tidak mengusik atau mengacau sarangnya kerana takut berlaku perkara yang tidak diingini.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki disengat tebuan sehingga bibirnya menjadi bengkak mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kena sengat tebuan semasa bekerja, jadi bahan usikan rakan pula

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan dan rakannya sedang berada di sebuah lokasi tempat mereka bekerja.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah bibir bengkak lelaki itu yang dipercayai disengat oleh tebuan semasa dia sedang bekerja. 

Malah, bibirnya itu juga menjadi bahan usikan rakan-rakannya yang terhibur melihatnya. Ada juga rakan yang menawarkan bantuan dengan menawarkan minyak sapu kepadanya. Namun, bibir lelaki tersebut dilihat kembali sembuh pada keesokkan harinya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@wad8419

Balas kepada @yanniefirman alhamdiulila sihat da kawan nie ##ingattaujanganbuatlagi

bunyi asal - azuad paiman84

"Bibir dah gitu boleh pula nak baca label" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat bibir lelaki tersebut.

Malah, ada yang meminta maaf kerana tidak boleh menahan gelak selepas melihat bibirnya. Ada juga yang memberi tips untuk merawat bengkak tersebut apabila disengat oleh tebuan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 912.3K views, 41K likes dan 1,138 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Teruk juga ya tengok bibir tu. Sabar jelah okay, lain kali jangan diusik :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik