seismik

Ayah Masuk Lokap, Mak Sakit Mental - Kisah Pemuda Bangkit Dari Kegelapan Jadi Inspirasi

Cekal sungguh hati dia.

Cover image via Twitter @sonoflukas

Setiap manusia mengharungi fasa jatuh bangun dalam hidup

Image via ahmadikatu.com

Itulah roda kehidupan, kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti yang membawa seseorang itu di mana mereka berada sekarang.

Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan segala pemberian Tuhan. Bila di atas, banyak-banyakkan bersyukur dan cuba pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula.

Seperti seorang pemuda ini, kisah beliau bangkit dari kegelapan harus dijadikan inspirasi ramai

Dalam keadaan bapanya berada di dalam lokap, manakala ibunya pula dimasukkan ke dalam hospital mental, lelaki yang dikenali sebagai Shin di Twitter ini menceritakan bagaimana dia mampu bangkit walaupun perlu mengharungi cabaran yang begitu hebat.

Shin, 25, merasakan dirinya adalah yang paling malang di dunia setelah tamat STPM. Walaupun mendapat keputusan cemerlang 4 flat, dia masih rasa kosong dan seolah-olah tidak bermakna.

Hidupnya terlalu kosong sehingga dia terjebak dengan najis dadah. Waktu ini juga, ramai rakan-rakan meninggalkannya.

Menurut Shin, mujur ada dua insan yang sanggup bersama dengannya ketika dia berada di tahap yang paling bawah dalam hidup. Tanpa dua insan ini, barangkali dia tidak mampu untuk bangkit dan sembuh dari ketagihan dadah yang dialaminya.

"Sungguh, sejak 5 tahun lepas, semua benda yang pahit kini jadi lebih baik," tulis Shin.

Baca perkongsian penuh Shin di bawah:

Rupa-rupanya, Shin merupakan seorang mualaf yang baru saja memeluk Islam pada April 2019

Namun, pahit getir yang perlu dilaluinya pada tahun 2019 juga antara yang paling pahit.

Bagi sesiapa yang sedang menghadapi kesulitan, ingat ayat ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jadikan juga kisah-kisah ini sebagai inspirasi:

You may be interested in: