seismik

Bayi 18 Bulan Alami Jantung Berlubang Perlu RM40,000 Bagi Menampung Kos Pembedahan Segera

Bagi yang mampu, boleh hulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini.

Cover image via Berita Harian

Seorang bayi lelaki yang baru sahaja berusia 18 bulan iaitu Gan Yu Siang, dikatakan mengalami komplikasi jantung berlubang dan memerlukan wang sebanyak RM40,000 untuk tampung kos pembedahan

Gan Yu Siang bersama ibu bapanya.

Image via Berita Harian

Menurut laporan, bapa Yu Siang iaitu Gan Ching Yong, 30, berkata bahawa anaknya telah menderita dengan komplikasi saluran jantung berlubang serta tersumbat sejak dilahirkan.

Doktor turut menyarankan supaya bayi ini menjalani pembedahan secepat yang mungkin.

Oksigen dalam badan Yu Siang juga kian menurun kepada 68% dan perkara itu menyebabkan bayi ini berasa cepat letih dan turut menghadapi kesukaran untuk bernafas

Malah, berat badan Yu Siang kini hanyalah 6.9kg kerana dia sering hilang selera minum susu. Mungkin kerana dirinya yang kurang sihat.

Lebih parah, ibu kepada bayi ini, Tee Guat Tho, dikatakan terpaksa berhenti kerja sebaik sahaja dia dimaklumkan bahawa Yu Siang mengalami komplikasi jantung dan memerlukan perhatian penuh daripada pihak keluarga.

“Oleh itu, saya merayu orang ramai supaya membantu kami mendapatkan dana bagi menampung kos pembedahan ini. Gaji bulanan saya hanya RM2,700, justeru kos hospital yang mahal itu sangat berat bagi kami."
Gan Chin Yong, bapa kepada Yu Siang.

Ini merupakan pembedahan keempat yang perlu dijalani oleh bayi ini. Ibu bapanya berharap supaya semuanya akan berjalan dengan lancar dan anak mereka boleh hidup secara normal.

Jika anda ingin menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Yu Siang, boleh lihat info di bawah:

- Sumbangan kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund melalui akaun Maybank: 5141-0532-3170 atau cek dengan menulis nama pesakit (Gan Yu Siang) di belakang cek berkenaan dan dihantar ke alamat Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, No 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik: