seismik

Biar Betul Supa Strikas Betul-Betul Wujud, Siap Menang Perlawanan Liga Di Shah Alam Lagi!

Bila je team tu tak menang.

Cover image via Pinterest & @khaitocoser (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Supa Strikas merupakan sebuah siri animasi terkenal tidak lama dahulu membawa kisah sebuah pasukan bola sepak yang selalu memenangi perlawanan di minit-minit akhir permainan

Siri animasi tersebut dihasilkan hasil kolaborasi syarikat animasi dari Malaysia dan Afrika Selatan.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman di TikTok memaparkan perlawanan bola sepak berlangsung melibatkan pasukan yang dilihat memakai jersi Supa Strikas.

Menerusi video perkongsian @sangkarseni itu, bukan sahaja pakaian pasukan itu mengikut jersi pasukan tersebut malah pemain yang ada juga dilihat mirip watak-watak yang ada dalam siri animasi berkenaan.

Perlawanan tersebut rupa-rupanya merupakan perlawanan daripada sebuah liga komuniti

Perlawanan yang berlangsung di EV Arena, Shah Alam itu sebenarnya merupakan perlawanan daripada sebuah liga komuniti yang mengumpulkan cosplayer dan bertanding dalam satu liga bola sepak.

Dalam perlawanan itu, pasukan cosplayer Supa Strikas berjaya menewaskan pasukan cosplayer Bluelock dalam liga yang dipanggil Cosplay League itu.

Pasukan Supa Strikas berjaya menewaskan lawannya dengan skor 2-1 setelah berjaya membuat comeback bergaya seperti yang selalu dilihat dalam siri animasi Supa Strikas.

Lihat video-video tersebut di bawah:

@sangkarseni Habisla ariff aiman takleh cari makan dah lps ni #supastrikas Supa Strikas - ℕℙ29
@fizul__ Supa Strikas vs Bluelock real life 2-1 comeback is real who will be next match? #supastrikas #soccer #football Supa Strikas - ℕℙ29

Tudia Dancing Rasta, El Matador, Twisting Tiger semua ada XD

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: