Buat 'Formula' Sendiri, Cara Pelajar Ini Reka Jawapan Bagi Mudah Ingat Dapat Reaksi Ramai
Bagus dik, asal ingat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti semua tahu, aktiviti persekolahan kini sudah mula dibuka secara bersemuka
Namun, harus diingatkan keselamatan dan penjagaan diri perlu sentiasa dipatuhi. Sudah tentu, ramai yang berasa gembira kerana akhirnya mereka boleh kembali ke sekolah seperti biasa setelah sekian lama belajar dari rumah.
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pelajar mereka formula sendiri supaya senang mengingat jawapan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna kaedah sendiri nak bagi senang ingat jawapan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang berada di dalam kelas ketika sesi pembelajaran di sekolahnya.
Namun, dia tiba-tiba memberikan pendapat bagaimana dia mengingatkan jawapan supaya mudah diingat.
"Karnivor kari, ayam daging, Herbivor herbar, sayur-sayuran, Omnivor all, sayuran dan kari," beritahunya.
"Bolehlah ni bang formula terbaik senang ingat" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah meraih 1M views, 168.4K likes dan 1,444 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: