seismik

Kes Buaya Muncul Di Tasik Seksyen 7 Shah Alam Kini Telah Berjaya Ditangkap PERHILITAN

Operasi menangkap buaya itu disertai masing-masing 20 anggota PERHILITAN dan MBSA.

Cover image via Bernama & AFIQ RAZALI/ Kosmo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, seekor buaya di Taman Tasik Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor telah berjaya ditangkap semalam

Menerusi Berita Harian, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh, berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10.20 malam tadi.

"Buaya yang kita selamatkan malam ini adalah buaya tembaga jantan sepanjang 1.68 meter berusia sekitar tiga hingga lima tahun dengan anggaran berat 15 hingga 20 kilogram.

"Ini adalah operasi menyelamatkan buaya paling pantas yang kita lakukan kerana tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, ia sudah memakan umpan segar yang kita letak," katanya.

Tambahnya, tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup taman tasik pada waktu malam bermula malam semalam juga mendorong reptilia itu memasuki perangkap kerana suasana sunyi tanpa gangguan.

Katanya, PERHILITAN juga akan meminta MBSA terus menutup taman tasik itu pada waktu malam bagi tempoh sehari dua lagi bagi membolehkan pihaknya membuat pemantauan untuk memastikan tiada buaya lain di kawasan berkenaan.

"Buaya ini kita akan pindahkan ke Paya Indah Wetlands malam ini juga," katanya.

Turut hadir pada operasi menyelamatkan buaya itu termasuklah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim; Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

Sebelum ini, operasi mengangkat naik perangkap haiwan reptilia itu bermula sekitar jam 11.25 malam dan kerja mengeluarkan buaya daripada perangkap itu selesai sepenuhnya jam 12.05 tengah malam.

Difahamkan, dua perangkap buaya dipasang di tasik berkenaan bermula jam 10 pagi tadi bagi menangkap reptilia itu.

MBSA turut mengeluarkan arahan penutupan kawasan tasik bagi sebarang aktiviti bermula jam 8 malam hingga 7 pagi sehingga buaya ditangkap. Operasi menangkap buaya itu disertai masing-masing 20 anggota PERHILITAN dan MBSA.

Malah, pengunjung sekitar Tasik Seksyen 7 juga diingatkan supaya tidak mendekati kawasan tebing tasik susulan kelibat seekor buaya ditemui di kawasan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: