Budak 6 Tahun Ketagih Video Seks, Tangan Masuk Dalam Kain, Semuanya Angkara Bapa Durjana
Oh ayah, kenapa berperangai sebegini?
Boleh bayangkan budak yang baru berusia 6 tahun boleh terjebak dan ketagih menonton video seks?
Perkara ini sememangnya mengejutkan. Namun, inilah wabak masa kini yang sedang 'menyerang' segelintir kanak-kanak yang tidak bersalah.
Dalam satu kes yang diceritakan oleh Sri A'jilah Mohd Samsir menerusi Facebook, seorang kanak-kanak 6 tahun dilihat begitu khusyuk menonton video pornografi di dalam telefon bimbit yang dibawanya ke tadika.
Lebih parah, kanak-kanak itu juga dilihat memasukkan tangannya ke dalam kain ketika menonton bahan lucah tersebut.
Persoalan yang timbul tentunya, bagaimana budak sekecil itu sudah boleh ketagih menonton video seks?
Jika difikirkan dengan logik akal, perkara ini tampak begitu mustahil. Logiknya, budak seawal usia begitu hanya tahu bermain, berseronok, dan menonton rancangan kanak-kanak. Mana mungkin mereka mampu memikirkan tentang hal lain, lebih-lebih lagi pornografi.
Namun bagi kes ini, guru tadika mendapati bahawa anak kecil ini sering diajak oleh bapanya untuk menonton video lucah bersama-sama. Malah, bapanya juga yang mengajar anak kecil itu untuk 'mengusik' kemaluan ketika menonton.
Baca status penuh di bawah:
Berdegup kencang jantung ni dibuatnya. Apa taknya, kalau melibatkan budak bawah umur 7 tahun, memang rasa kesian. Rasa nak marah. Mereka ni kecil lagi, tak tahu apa-apa, naif, dan kebanyakannya memang ikut je apa yang dia nampak. Ikut je apa yang orang sekeliling dia buat.
Kisah kali ni melibatkan budak perempuan umur 6 tahun. Ye, budak sekolah tadika.
Budak ni menunjukkan sikap yang sangat berbeza dari mula-mula dia mendaftar dulu. Budaknya peramah sangat. Rajin tolong cikgu. Pandai bergaul dengan kawan-kawan.
Tapi, seminggu dua ni, dia nampak lain. Lebih banyak buat hal sendiri dan tak nak bercakap sangat. Dia lebih suka duduk sorang-sorang sambil bawa beg ke hulur ke hilir.
Pelik! Bila suruh tinggalkan beg, dia akan menangis meraung-raung.
Seorang guru cuba untuk tanya apa yang berlaku. Dia peluk beg dia kuat-kuat. Bila cikgu cuba nak minta beg dia, dia meraung macam kena histeria, macam kena pukul.
Waktu rehat, budak ni dah jarang makan. Makan sikit je lepastu terus buka beg dia. Mata dia tak bergerak-gerak dan dia boleh habiskan waktu rehat tu dengan hanya merenung isi dalam beg.
Sampai lah satu hari, seorang guru ternampak dia buka zip beg sekolah. Tahu tak apa yang dia bawa?
Handphone!
Dan dia siap tengok cerita dari handphone tu. Yang menyedihkan, cerita tu bukan cerita kartun didi and friends, boboiboy, atau pun upin ipin. Tapi video pornografi!
Berderau sungguh.
Budak ni tak perasaan yang tindak tanduk dia sedang diperhatikan. Dia khusyuk tengok adegan dalam handphone tu sambil tangannya dimasukkan ke dalam kain.
Cikgu syak yang budak ni dah ketagih( berdasarkan beberapa soalan yang ditanya). Ketagih menonton aksi pornografi seawal usia 6 tahun!
Budak ni kata, dia pernah tengok video ni di rumah dengan ayah. "ayah masukkan tangan dalam kain sambil pegang sini (tunjuk ke arah kemaluan)."
Si ayah yang sepatutnya jadi tempat untuk anak berlindung, sebenarnya syaitan bertopengkan manusia. Entah apa lagi yang dibuatnya pada si anak.
Ibu bapa dia diminta datang untuk bincangkan masalah ni. Tapi, hanya si ibu yang muncul. Datang dengan muka mencuka.
"Puan, kami jumpa handphone ni dalam beg anak puan. Dan ni bukan kali pertama dia bawa. Maaf ye puan, kami ambil handphone ni dari anak puan sebab kami nampak dia tengok video lucah dalam ni. Ada lebih kurang 10 video semuanya. Anak puan beritahu, dia pernah tengok video ni dengan ayah dia. "
Pihak tadika cuba jelaskan pada si ibu.
Si ibu pula, dengan selamber je bagitau yang handphone tu memang milik si ayah. Dan dia jugak tahu, dalam handphone tu ada video lucah yang disimpan oleh si ayah.
"Boleh tak pulangkan handphone tu pada saya? Ingatkan handphone ni hilang. Takpelah, pasal anak saya tu, nanti saya cakap dengan dia. Budak kecik kan, bukan tau apa-apa, bukan faham pun. Takkan lah ayah dia ajak dia tengok video ni."
Mudahnya lahai jawapan si ibu.
Ketagih menonton video lucah seawal 6 tahun bukan perkara remeh tau!
Memang lah budak tak tau apa-apa, tapi budak zaman sekarang ni otak dia bijak. Kadang-kadang, kita rasa dia tak faham, tapi sebenarnya dia simpan semua tu dalam otak dia.
Ibu ayah,
Tolonglah jangan ambil mudah.
Kita perlu ajar anak-anak tentang 'private parts' tapi bukan melalui video macam ni.
Kaum ibu terutamanya. Kita ada tugas besar yang perlu kita buat. Selalu bertanya, selalu bercakap, selalu ambil tahu, apa yang anak-anak kita buat, apa yang anak-anak kita tengok. Cuba jadikan anak kita rasa selesa untuk bercerita apa pun dengan kita. Ambil berat setiap apa yang anak-anak beritahu.
Paling penting,
Mesti ajar anak kita bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh siapa pun.
Bila disiasat, rupa-rupanya si ibu sudah bertahun-tahun menjadi mangsa dera si ayah dan lebih rela untuk tutup mulut
Saya kongsikan perkembangan terkini pelajar tersebut.
Pihak tadika, merayu pada si ibu untuk buat report polis disebabkan semua bukti ada pada si ibu dan mungkin juga sebab mereka kurang arif dengan prosedur dan tempat untuk dirujuk bagi kes-kes macam ni.
Salah seorang staff tadika, datang ke rumah budak tersebut dan berjumpa dengan si ibu. Rumahnya rapi, tak banyak barang pun. Hanya perabut asas sahaja. Si ibu hanya memakai baju lengan pendek dan berkain batik.
Mungkin dah boleh agak tujuan kedatangan pihak tadika, si ibu tak bercakap banyak dan cuba untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan berkaitan kes.
"Banyak parut dan lebam kat tangan puan ni. Maaf tanya ye puan. Puan kena pukul ke? " tanya staff tersebut.
Aduh!
Sudahlah anak dicabul,
Isteri didera pulak.
Nampaknya ada luka yang dalam pada dahi si ibu.
Si ibu nampak takut-takut untuk buka mulut sampaila didesak dan dijanjikan perlindungan oleh pihak tadika.
Si ibu sudah bertahun-tahun jadi mangsa dera suami sendiri. Disebabkan dia hanya suri rumah, dia sangat takut jika diceraikan. Rela tadah badan dipukul dengan getah paip dan kepala tali pinggang. Paling sadis, rela tutup mulut bila tau anak kecilnya dicabul.
Sungguh!
Dia bukan ibu bodoh macam yang kita sangka. Dia tahu masa depan anaknya akan tergadai kalau benda macam ni berterusan. Dia kena pukul dengan topi keledar selepas bertanya tentang perbuatan terkutuk tersebut.
Laporan polis telah dibuat.
Si ayah telah ditangkap dan berada dalam tahanan polis.
Si ibu sekarang berada di bawah jagaan pihak tadika dan baru bekerja sebagai tukang masak di tadika tersebut.
Semoga si ayah mereput dalam penjara.
Sumber: Sri A'jilah Mohd Samsir