seismik

Buka Pondok Sedekah Atas Nama Ibu Bapa, Netizen Puji & Kagum Dengan Usaha Baik Wanita Ini

Pondok Sedekah Omar Zabedah itu terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Cover image via @nurhashaidris (Twitter)

Berbuat baik kepada orang lain tanpa mengira bangsa juga agama adalah sikap yang sangat terpuji dan patut dicontohi

Jika kita membantu untuk memudahkan urusan orang lain, sudah pasti urusan kita juga akan dipermudahkan dan rezeki semakin luas.

Tular baru-baru ini di Twitter mengenai ciapan seorang gadis bernama @nurhashaidris apabila dia memuat naik dua keping foto yang mencuri tumpuan ramai.

Lihat ciapan penuh itu di bawah:

Ibu buka pondok sedekah untuk bantu sesiapa yang memerlukan

Menerusi ciapan tersebut, Nur Hasha berkongsi niat baik ibunya yang baru saja membuka sebuah pondok sedekah diberi nama sempena atuk dan neneknya iaitu Pondok Sedekah Omar Zabedah.

"My mom just opened a pondok sedekah in honor of her parents. If anyone you know is staying around keramat or kampung baru and in need of essentials, do drop by," katanya.

Pondok itu terletak di hadapan Omar Ali Villa, Kampung Baru Kuala Lumpur. Tujuan ia dibina adalah untuk membantu golongan di luar sana yang memerlukan dan berada dalam kesusahan. Hal ini kerana ramai yang hilang punca rezeki sejak pandemik Covid-19 menular di negara kita tahun lalu.

Ciapan tersebut berjaya menarik perhatian netizen dan apa yang lebih menggembirakan Nur Hasha adalah ramai turut membantu memberikan sedekah berbentuk wang ringgit kepada mereka supaya dapat menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah mendapat 14K retweets dan 13.1K likes dan 32 comments di Twitter

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji dan kagum dengan usaha mereka sekeluarga dalam membantu orang yang memerlukan.

Ada yang menjadikan mereka inspirasi dan menyimpan niat untuk membuat perkara sama, malah ramai yang mendoakan mereka sekeluarga dimurahkan rezeki.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

Alhamdulillah, bagus ada rakyat Malaysia saling bantu membantu macam ni. Semoga anda semua dimurahkan rezeki :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: