"Setitis Susu Ibu Amatlah Berharga" - Wanita Menangis Stok Susu Tertumpah Dalam Beg
Hanya ibu-ibu yang faham :(
Buat para ibu yang sedang menyusukan anak pasti faham perasaan ini. Bagi mereka ini adalah salah satu cabaran untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
Jika anda seorang ibu pasti anda akan faham cabaran untuk mengepam perahan susu badan demi memberikan yang terbaik untuk cahaya mata.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita hanya mampu terduduk dan menangis melihat stok susu perahannya tertumpah di dalam beg.
Menerusi perkongsian daripada suaminya Syukri Shahdan, beliau meluahkan rasa sedih apabila melihat si isteri menangis melihat beberapa stok susu yang dikumpulnya tumpah.
"Adakah ini berlaku kepada semua emak atau hanya bini aku. Menangis sebab susu tumpah dalam beg. Anak hairan perhati. Kesian mama sedaya upaya sediakan susu untuk anak,"katanya.
Penat lelah seorang ibu mengumpul perahan susu bukan perkara yang mudah
Posting berkenaan mendapat perhatian ramai dan mereka memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut untuk tidak bersedih kerana ada hikmah dengan apa yang terjadi.
Rata-ratanya mengakui bukan mudah untuk mendapatkan susu perahan sebanyak itu kerana setitis susu ibu amatlah berharga dan luar biasa.
Antara komen menarik daripada netizen:
Menurut Syukri, tujuannya berkongsi bukanlah untuk mempersendakan isteri, tetapi dia bangga pengorbanan seorang wanita
Begitupun, masih ada juga yang menganggap perkongsian oleh suami wanita tesebut adalah untuk mempersendakan isterinya sendiri.
Semoga perkongsian ini memberi semangat kepada para ibu di luar sana untuk tidak mudah putus asa. Respect!