seismik

Cuba Beza Harga Makanan Laut Langkawi, Netizen Setuju Harga Di Thailand Lebih Murah

Ekonomi pun tak menentu sekarang ini.

Cover image via @ezs2929 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Percutian sememangnya dapat menghilangkan stres, tambahan lagi jika dapat ke negara yang kita idamkan

Pasti seronok bukan? Malaysia juga tidak kurang hebatnya jika melancong di negara sendiri. Namun, kini harga barangan banyak naik disebabkan ekonomi yang tidak menentu.

Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk melancong ke negara jiran kerana ia jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pengguna TikTok berkongsi harga makanan laut di Thailand telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Harga dikatakan sangat murah berbanding di Malaysia

Menerusi video tersebut, kelihatan pengguna TikTok itu sedang bercuti di Thailand. Dia memaparkan harga udang yang dijual dalam pinggan di pasar. 

Harganya itu dikatakan sangat murah jika nak dibandingkan dengan di pulau peranginan tempatan. Malah dia juga berkongsi hidangan lobster dan nasi untuk tiga orang makan yang berharga RM100 saja.

Lihat video lain di bawah:

"Langkawi RM24 dapat tengok ekor udang je hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan pendapat mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 349.7K views, 14.8K likes dan 1,301 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sekali sekala travel ke negara jiran pun best kan ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: