"RM2,500 Siap Bawa Pasangan Berjalan" - Pakej Nikah Di Thailand Ini Jadi Perhatian Ramai
Dah macam pakej melancong.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pastinya akan melalui beberapa proses sebelum menjadi suami isteri yang sah
Antara proses yang pasangan perlu lalui adalah menghadiri kursus kahwin, dapatkan borang kebenaran untuk bernikah, memohon kad nikah dan banyak lagi.
Proses ini agak rumit dan memerlukan kesabaran daripada kedua belah pihak supaya ia dapat diselesaikan dengan mudah.
Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini tentang pakej nikah murah di Thailand yang berharga hanya RM2,500 telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mohdamirfaizal, kelihatan lelaki itu menawarkan pakej perkahwinan buat pasangan yang ingin bernikah di Thailand.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah adalah dengan hanya membayar pakej berharga RM2,500, pasangan pengantin bukan saja dapat bernikah di Songkhla, Thailand, tetapi mereka juga akan dibawa berjalan-jalan di sekitar bandar itu.
Malah, lelaki tersebut turut memberitahu bahawa tawaran tersebut hanya terbuka buat warganegara Malaysia saja.
Walau bagaimanapun, mas kahwin tidak termasuk dalam pakej itu dan caj tambahan akan dikenakan buat pasangan yang mahu melangsungkan pernikahan pada hujung minggu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 133.7K tontonan, 3.1K tanda suka dan 1K perkongsian di TikTok
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai pakej nikah itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!