Dari Cinta Monyet Ke Pelamin, Gadis Kongsi Foto 'Throwback' Zaman Sekolah Buat Netizen Awh
Disebabkan perkenalan yang begitu lama itu juga menyebabkan Umairah masih dalam proses menyesuaikan diri untuk menganggap Amirul sebagai suaminya.
Kebanyakan daripada kita mungkin pernah merasa 'cinta monyet'
Cinta monyet adalah istilah tidak formal yang bermaksud perasaan cinta yang terjadi di antara pasangan remaja terutamanya semasa di zaman persekolahan.
Kebanyakan cinta monyet hanya terhenti setelah tamat persekolahan. Tapi jangan terkejut kerana kadangkala ia mampu berakhir hingga ke jinjang pelamin.
Begitulah juga dengan pasangan sama cantik sama padan, Mohd Amirul Ashraff Yusoff dan Nurul Umairah Rosman
Semuanya bermula apabila Umairah telah berkongsikan gambar throwback-nya dengan Amirul ketika mereka masih di bangku sekolah lagi di laman Twitter.
Dalam tweet yang sama, Umairah turut memuat naik gambar mereka kini sebagai suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga pada 8 Februari lalu.
Menurut Umairah, meskipun sudah berkenalan pada tahun 2012, namun dia dan Amirul mula rapat pada tahun 2014. Disebabkan perkenalan yang begitu lama itu juga menyebabkan Umairah masih dalam proses menyesuaikan diri untuk menganggap Amirul sebagai suaminya.
"Memang tak sangka, Dari dulu, bukan tak ada bergaduh. Ada je. Kami pernah buat hal masing-masing, tapi kami ikut je apa yang berlaku. Bila sudah kahwin ini, rasa macam tak percaya," katanya kepada MStar.
Tambah Umairah lagi, dia tertarik dengan kesabaran suaminya yang cukup tinggi. Malah katanya, mereka telah menempuh banyak cabaran sepanjang perkenalan sehinggalah ke hari pernikahan mereka.
"Dalam tempoh lama itu, banyak ups and downs. Tapi kena banyak sabar dan saling memaafkan. Dia suka maafkan saya, sebab saya jenis buat perangai. Dia banyak bersabar dan beri peluang kepada saya," ujarnya lagi.
Susulan daripada tularnya gambar throwback itu, rata-rata warganet merasakan kedua pasangan pengantin ini cukup sweet sekali
Selain mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Umairah dan Amirul, ramai warganet yang turut meluahkan keinginan mereka mempunyai hubungan seperti mereka berdua. Betul-betul #relationshipgoals lah!
Lagi komen menarik dari warganet:
Alhamdulillah. Semoga perkahwianan Umairah dan Amirul berkekalan sampai bila-bila. <3