seismik

"Dia Menipu Dalam Berniaga!" - Aliff Syukri Kantoi Jual Topeng Bocor, Ini Reaksi Da'i Wan

Sesungguhnya, bersikap amanahlah ketika berniaga.

Cover image via Instagram @aliffsyukri

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri

Image via nst.com.my

Baru-baru ini beliau sekali lagi terpalit dengan kontroversi selepas tular satu rakaman video live yang dibuat olehnya.

Video live tersebut memaparkan demontrasi beliau mencurahkan air ke dalam topeng muka yang dijual olehnya seolah-olah bagi membuktikan bahawa ia tidak mudah 'tembus' dan diserap air

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana topeng tersebut dilihat bocor selepas dicurahkan air dan ia sama sekali berbeza seperti apa yang diperkatakan olehnya.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang kemudiannya bertindak melontarkan reaksi yang negatif terhadap Aliff.

Lihat video penuh di bawah:

Susulan daripada itu, seorang pendakwah bebas turut memberikan reaksi berhubung perlakuan usahawan tersebut

Image via Da'i Wan

Da'i Wan menerusi satu catatan di laman Twitter miliknya semalam berkata apa yang dilakukan oleh Aliff itu adalah satu bentuk penipuan dalam perniagaan.

Beliau berkata ia jelas satu penipuan dalam penjualan produk topeng muka itu yang mana sifatnya amat penting untuk membasmi kuman ataupun virus.

Katanya, jika topeng tersebut mudah sekali ditembusi air maka ia tidak berguna langsung jika dipakai.

Pandangan yang dilontarkan Da'i Wan itu turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen

Harap perkara ini dapat dijadikan pengajaran untuk semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di sini:

You may be interested in: