seismik

4 Hari Tayangan & Soundtrack Dari Yuna, Filem 'M For Malaysia' Khas Untuk Rakyat Malaysia!

Dokumentari M for Malaysia akan mula ditayangkan secara eksklusif di 34 pawagam terpilih di seluruh negara selama empat hari bermula 12 September 2019.

Cover image via M For Malaysia

Samada kita bersetuju atau sebaliknya, namun tidak dapat dinafikan bahawa pada 10 Mei 2018 merupakan salah satu detik bersejarah buat rakyat Malaysia

Pada tarikh 10 Mei tahun lalu, Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun apabila memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Image via Malay Mail

PH yang merupakan gabungan parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), telah diterajui oleh veteran politik merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Image via Rojak Daily

Susulan daripada itu, Tun Dr. Mahathir secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, sekali gus mencatat dua rekod dalam sejarah negara iaitu sebagai Perdana Menteri baharu yang paling berusia dan orang pertama memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan itu sebanyak dua kali.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 pada 31 Ogos ini, rakyat Malaysia bakal dihidangkan dengan sebuah dokumentari istimewa yang merakamkan momen istimewa itu

M for Malaysia merupakan rakaman istimewa sepanjang kempen PRU14 berlangsung serta menyaksikan penyatuan seluruh rakyat memilih masa depan baharu buat negara.

Dokumentari ini juga akan memperlihatkan jejak kempen selama 16 hari menjelang PRU14 serta pertempuran politik Tun Dr. Mahathir pada usia 92 tahun dengan lebih dekat.

Image via M for Malaysia

Tidak dapat dinafikan, dokumentari yang diarahkan oleh Ineza Roussille dan Dian Lee itu pasti mampu memperingatkan rakyat tentang harapan, perpaduan dan perdamaian warganegara untuk Malaysia.

Dokumentari M for Malaysia akan mula ditayangkan secara eksklusif di 34 pawagam terpilih di seluruh negara selama empat hari bermula 12 September 2019.

Lihat trailer dokumentari M for Malaysia di bawah:

Menarik lagi, penyanyi popular negara bertaraf antarabangsa, Yuna, telah dipilih untuk menyanyikan soundtrack bagi dokumentari M for Malaysia ini

Yuna dan Rendra Zawawi

Image via Malay Mail

Lagu yang berjudul Bermula Kita itu dinyanyikan oleh Yuna bersama Rendra Zawawi. Bukan itu sahaja, lagu Bermula Kita turut mendapat kerjasama dari Malaysian Philharmonic Youth Orchestra.

Video muzik berdurasi kurang empat minit memaparkan beberapa footage Tun Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah sepanjang kempen PRU14.

Image via Malay Mail

Lihat video muzik Bermula Kita di bawah:

Siapa tak sabar nak tengok filem ini angkat tangan!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Rise: Ini Kalilah pula merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada PRU14:

PRU14 merupakan peristiwa bersejarah buat Malaysia!

Leave a comment