Domino's Pizza Malaysia Tepati Janji Cabaran Twitter, Potong Piza Stail "Just For You"!
Potongan piza stail "Just For You" ini sememangnya khas untuk mereka yang 'lonely' atau sedang ber'diet'.
Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter bernama Abdul Marzukhi telah 'mencabar' Domino's Pizza Malaysia untuk memotong piza mereka dengan cara potongan yang unik itu
Menyedari tweet tersebut, pengendali akaun rasmi Twitter @DominosMY terus membuat cabaran Twitter menyatakan jika tweet itu berjaya mendapat lebih 1,000 retweets dalam masa sehari, Domino's Malaysia akan cuba membuat piza yang boleh dipotong dengan satu slice yang panjang.
Perkara pertama yang anda perlu tahu dengan netizen di Malaysia ialah jangan cabar mereka di media sosial. Dalam masa sehari, ternyata lebih 10,000 retweets diterima menyebabkan Domino's Malaysia terkedu dan tidak terkata.
Apa yang nak dikejutkan, tidak dapat dinafikan memang rata-rata warganet menantikan piza dipotong cara sebegitu. Bahkan ramai yang sanggup membayarnya, lebih-lebih lagi mereka yang 'lonely' atau sedang ber-'diet'.
Berpegang pada prinsip dan janji yang dibuat, ternyata Domino's Malaysia telah mencuba sedaya upaya untuk membuat piza khas dengan potongan 'Just For You'
Effort, betul-betul effort!
Dan akhirnya, mempersembahkan piza khas dari Domino's Pizza Malaysia dengan potongan Just For You!
Walau bagaimanapun, piza dengan potongan ini belum dijual di mana-mana cawangan Domino's dalam negara, dan hanya untuk dimakan oleh pengendali akaun rasmi Twitter @DominosMY sahaja.
Jangan marah!
Sementara nak tunggu piza satu slice betul-betul ada, kita makanlah dulu piza dengan potongan normal ini. Sedih!