dUCk Tampil Koleksi Istimewa Mickey Mouse Sempena Ulang Tahun Ke-100 Disney
Ikonik koleksi kali ini.
dUCk memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Mickey Mouse bersempena dengan ulang tahun ke-100 Disney
Koleksi yang diilhamkan oleh kartun ikonik Mickey Mouse ini adalah buat peminat yang sentiasa menyokong dan meminati animasi ini sepanjang zaman.
Ia adalah kolaborasi yang ke-10 tahun dUCk bersama Disney dan ia adalah kali ketiga menampilkan Mickey Mouse.
Sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-100 Disney, dUCk membawakan koleksi yang diilhamkan oleh Disney100 iaitu dengan menampilkan tudung dengan corak Mickey Mouse padanya.
Beri penghormatan kepada 'si tikus' yang memulakan segalanya
Koleksi Mickey Mouse I dUCk dipenuhi dengan reka bentuk vintaj dan memberi penghormatan kepada "si tikus yang memulakan semuanya". Koleksi ini membayangkan semula kemewahan dan glamor.
Setiap reka bentuk selendang yang rumit telah menggabungkan latar belakang yang diilhamkan oleh Zaman Jazz. Apa yang lebih menarik, di dalam setiap corak tudung terdapat lebih daripada 100 lambang Mickey Mouse yang tersembunyi.
Pengasas bersama Kumpulan dUCk, Vivy Yusof berkata sehingga hari ini dia masih tidak percaya pada dirinya sendiri kerana dapat bekerjasama dengan jenama gergasi antarabangsa itu buat kali kesembilan.
"Kami sangat teruja untuk membawa Mickey Mouse yang disayangi ke buku permainan reka bentuk dUCk. Setiap satu koleksi mencabar pasukan saya dan saya untuk membawa sesuatu yang baharu kepada pelanggan"
“Kami amat berbangga kerana dUCk ialah jenama fesyen sederhana pertama di dunia bekerjasama dengan Disney. Koleksi ini juga amat bermakna buat saya secara peribadi kerana saya menemui foto pada tahun 1992 di mana saya pada usia lima tahun dengan Mickey Mouse di Disneyland"
"Foto itu melambangkan lebih daripada kenangan. Ia menunjukkan bahawa jika kita berani bermimpi dan bekerja ke arah impian yang diingini ia boleh menjadi kenyataan,” katanya.
Koleksi tudung Mickey Mouse | dUCk ini berharga RM350 sehelai dan boleh didapati di laman web dUCk (www.getducked.com) dan dalam aplikasi pada 25 Sept 2023 (10PM MYT) dan di semua kedai dUCk pada 26 Sept 2023, dengan kuantiti terhad yang dikeluarkan.
Manakala, koleksi ready-to-wear Mickey Mouse I dUCk berharga antara RM300 dan RM350 dan boleh didapati di laman web dUCk (www.getducked.com) dan aplikasi pada 9 Okt, 2023 (10PM MYT) dan di semua kedai dUCk pada 10 Okt 2023, juga dalam kuantiti terhad.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!