seismik

Sukar Berhenti Merokok? Ini 6 Fasa Yang Akan Dialami Oleh Perokok Ketika Dalam Proses Ini

6 fasa ini dikatakan sama seperti proses apabila manusia mengambil keputusan untuk diet, bersenam, makan ubat dan sebagainya.

Cover image via Google

Bukan mudah untuk seorang perokok yang sudah bertahun lamanya merokok untuk berhenti atau mengurangkan jumlah rokok yang diambil. Namun, masih ada caranya untuk mengatasi masalah ini.

Perokok harus tahu bahawa asap rokok yang dihembuskan itu adalah bahaya untuk individu lain yang menyedutnya. Ianya juga mengancam nyawa kanak-kanak di sekeliling anda.

Jika anda ingin tahu, menurut Info Sihat, perokok pasif adalah orang yang dipaksa untuk menyedut asap rokok yang datang dari setiap perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap yang disedut oleh perokok secara aktif.

Oleh itu, kanak-kanak yang didedahkan untuk menyedut asap rokok basi akan mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan yang berbahaya untuk mereka.

Mampukah anda untuk berhenti merokok?

Jika ianya bukan untuk anda, lakukan untuk anak-anak dan orang di sekeliling anda. Sampai bila anda ingin membahayakan nyawa dan kesihatan mereka oleh kerana anda tidak mahu untuk mencuba berhenti merokok?

Fikirkan...

Seorang pengguna Twitter iaitu Fahmi telah berkongsi enam fasa apabila individu (perokok) dalam proses untuk berubah.

Lihat fasa-fasa tersebut di bawah:

Berhenti merokok adalah satu proses perubahan gaya hidup (behaviour change). Prosesnya agak sama dengan bila kita ambil keputusan untuk diet, bersenam, makan ubat, nak jadi lebih baik dan sebagainya.

Ahli psikologi kata, ada 6 fasa bila kita dalam proses untuk berubah.

1. PRE CONTEMPLATION:

Waktu ini kita tak terfikir pun nak berubah. Tak rasa nak berhenti rokok. Tak rasa gemuk itu satu masalah. Rasa makan ubat tu tak penting.

Kalau ada kawan yang fasa ini, encourage dia untuk explore masalah dia sendiri.

Image via IPPMEDIA

2. CONTEMPLATION:

Ini fasa atas pagar. Orang tu ada niat untuk berubah. Niat untuk berhenti rokok tapi tak tahu bila. Belum ada tarikh.

Tapi dah mula sedar yang merokok itu bahaya dan penting untuk dia berhenti.

3. PREPARATION:

Fasa ini, kita dah ada plan untuk ubah. Dah ada tarikh untuk berhenti rokok dalam masa terdekat. Waktu ini kita akan mula baca tips-tips berhenti merokok, di mana nak dapatkan rawatan dan sebagainya.

Image via Forest EU

4. ACTION:

Ini fasa berubah. Kita berhenti hisap rokok. Dapatkan rawatan. Masa ini kita juga berazam untuk tidak lagi merokok.

Pada masa yang sama, ramai orang tinggalkan habit buruk dan ganti dengan amalan yang lebih baik. Mula amalkan gaya hidup sihat dan lain-lain.

Image via IDN Times

5. MAINTENANCE:

Ini fasa yang agak berat. Fasa maintain tinggalkan habit buruk untuk sekurang-kurangnya 6 bulan. Pada masa yang sama, sentiasa plan untuk berhenti terus sampai bila-bila.

Kalau sampai fasa ini, ucap tahniah pada diri. Tapi perlu hati-hati juga.

Image via DS

6. RELAPSE:

Kalau tak hati-hati, lepas maintenance kita boleh terjebak semula. Bila relapse, ramai down dan akan kembali ke fasa 1. Jika relapse, harus kuatkan semangat. Relapse adalah proses berubah. Jangan putus asa.

Kenalpasti trigger relapse. Dan cuba elak.

Image via Tribun Medan

Majoriti orang akan hadapi fasa-fasa tersebut jika ingin berubah ke arah lebih baik. Jangan risau sangat jika gagal. Cuba dan cuba lagi. Perubahan ini satu proses yang panjang. Semoga berjaya!

Ada juga pengguna Twitter yang mula untuk berkongsi tips mereka berhenti merokok:

Pilihan di tangan anda. :)

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan anda, malah orang sekeliling juga:

You may be interested in: