seismik

"Duit Berkepuk Tapi Iman, Akhlak & Ilmu Takde" - Ini 3 Fasa Dalam Islam Sebelum Menikah

Letak agama, akhlak dan ilmu nombor satu dalam list. Rupa, harta dan lain-lain boleh diketepikan dahulu.

Cover image via Dream

Sebelum menikah, banyak persiapan yang perlu anda lakukan termasuklah persiapan mental dan fizikal. Mana tidaknya, selepas menikah hidup anda akan berubah sepenuhnya.

Gambar sekadar hiasan

Image via Dream

Ada beberapa perkara penting yang perlu anda fikirkan sebelum menikah. Antaranya seperti komitmen, konsep tentang keluarga, kewangan, cara mengatasi konflik/pertengkaran antara pasangan dan sebagainya.

Ianya tidak mudah, namun cara anda mengatasi dan menyelesaikannya akan memainkan peranan yang besar. Ini kerana perkahwinan memerlukan pengorbanan di antara kedua-dua belah pihak. Ianya juga adalah satu tuntutan ibadah.

Justeru itu, pasangan yang bakal berkahwin perlu mempersiapkan diri dengan ilmu perkahwinan dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Gambar sekadar hiasan

Image via Palembang Tribun News

Paling penting, pastikan anda sudah memilih calon yang sesuai sebelum membuat keputusan untuk berkahwin bagi mengelakkan berlakukan ketidaksefahaman dan juga penceraian.

Bercakap tentang perkahwinan, seorang pengguna Twitter iaitu Dayana Amerda telah berkongsi nasihat berguna tentang persiapan dalam Islam yang perlu dilakukan sebelum menikahi seseorang

Perkongsian ini mampu untuk membuka mata dan hati orang ramai untuk tidak membuat kesalahan ketika memilih pasangan hidup.

Sangatlah penting, lebih-lebih lagi buat kaum wanita.

Baca nasihat penuh di bawah:

Perkahwinan sememangnya tidak seindah gambar yang dilihat di media sosial.

Malah, setiap orang perlu mempunyai niat nikah yang betul untuk beribadah serta menggunakan cara halal.

Ramai juga yang tertanya, 'Kenapa couple itu haram?'

Jawapannya...

Dalam Islam, ada tiga (3) cara yang boleh dilakukan sebelum menikahi seseorang, iaitu:

Cara seterusnya, jika anda sudah berkenan dengan si dia, boleh berganjak ke langkah yang berikutnya:

"Duit itu memang penting dalam membina rumahtangga yang bahagia. Namun jika tiada iman, akhlak dan ilmu, tiada guna juga..."

Pasangan juga tidak digalakkan untuk bertunang lama-lama. Teruskan dengan langkah yang seterusnya iaitu menikah.

Buat individu yang masih belum menjumpai jodoh, boleh memperbanyakkan belajar ilmu agama dan ilmu yang perlu sebelum mendirikan rumahtangga.

Penting ya!

Menurutnya juga, kes curang kini kerap berlaku kerana mereka tidak menitikberatkan tiga perkara ini sebelum membuat keputusan untuk menikah

Akhir sekali, baca kata-kata cerdas dari Ustaz Felix Siauw.

InsyaAllah ianya mampu untuk membuka mata setiap orang dengan lebih luas untuk menilai sendiri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum itu, baca juga perkongsian mengenai perkahwinan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: