seismik

"Fast & Furious 2024” - Tular Lelaki Ini Drift Naik Bot Siap Pakai Helmet Buat Ramai Gerun

Risau je muka dia terkena daun nipah tu.

Cover image via @khaidirlm (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, kita pasti sudah selalu melihat pemandu kereta di jalan raya membawa dengan laju betul tak?

Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video viral di TikTok ini menunjukkan skill seorang lelaki membawa speedboat di sungai seperti dalam filem Fast & Furious mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba buat drift redah sungai yang penuh dengan daun nipah di kiri dan kanan

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @khaidirlm, kelihatan lelaki itu sedang membawa sebuah bot di sungai.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah dia membawa bot itu dengan sangat laju seperti pemandu professional.

Malah, dia dilihat siap memakai helmet sebagai tanda berhati-hati kerana banyak daun nipah yang tajam di kiri dan kanannya.

Video tersebut telah membuatkan ramai merasa dan risau takut dia terkena daun nipah itu. Namun, aksinya yang hebat menunjukkan dia seperti sudah biasa melalui jalan itu.

"Aku terbayang tiba-tiba anaconda muncul. Ni namanya forest furious haha" - Warganet

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 6.3M views, 476.7K likes dan 14.3K shares di TikTok, rata-rata warganet turut kagum dengan skill lelaki itu yang membawa bot dengan laju dan selamat.

Tetapi, ada juga yang risau dan takut jika ada buaya dan anaconda tiba-tiba muncul di sungai itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bukan calang-calang orang boleh redah macam tu je. Power abang ni!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: